Di
sana-sini semua orang mahu menjadi kaya, iklan seminar tentangnya
begitu banyak sehingga ramai yang tergoda. Kesenangan dunia memang
memikat, isteri cantik, banglo mewah, kereta super dan syarikat yang
berangkai-rangkai.
Namun akhirnya apa? Jika ada sedikit kesedaran
dan keinsafan kita akan mendapati satu 'trend' iaitu semua si kaya ini
akan mahu berbuat kebajikan.
Pakat mahu membina 'ma'had tahfiz,
masjid, yayasan kebajikan, sekolah agama, pusat pengajian, rumah anak
yatim dan pelbagai lagi industri pencuci dosa dan penghilang rasa
bersalah.
Ini bukan cerita atau isu 'giving back to society' tetapi ini cerita tentang fitrah insan seperti kata sang penyair ;
لكل شىء إذا ماتم نقصان
فلا يغر بطيب العــيــش إنسانُ
فلا يغر بطيب العــيــش إنسانُ
هي الأمور كما شاهدتها دول
من سرهُ زَمنٌ ساءته أزمانُ
من سرهُ زَمنٌ ساءته أزمانُ
*Setiap sesuatu itu jika telah sempurna akan menjadi berkurangan
*Justeru janganlah tertipu dengan keindahan hidup insan
*Justeru janganlah tertipu dengan keindahan hidup insan
*Ini adalah lumrah seperti yang disaksikan oleh tiap bangsa
*Sesiapa yang gembira satu masa akan menderita pula masa seterusnya
*Sesiapa yang gembira satu masa akan menderita pula masa seterusnya
Maksudnya, fitrah insan apabila sudah kaya dan berjaya maka dia akan
merasa kekayaan dan kejayaannya itu tidaklah mengembirakannya.
Seterusnya dia akan mencari jalan untuk bahagia dengan berbuat kebajikan
dan derma, sumbangan dan membina yayasan atau usaha kebaikan untuk
mencari ketenangan dalam dirinya.
Semua ini dilakukan bagi
mencari erti bahagia, ketenangan dan merasa selamat daripada dihantui
dosa-dosa. Justeru kita lihat tokoh-tokoh politik yang kaya-raya
mempunyai pelbagai pusat kebajikan, tokoh perniagaan dan bermacam-macam
lagi orang yang berada. Bahkan syarikat rokok pun tidak kurang mempunyai
aktiviti CSR-nya (Corporate Social Responsibility) bagi mengatakan
syarikatnya juga ada kebaikannya.
Namun hakikatnya, harta adalah
bebanan kerana ia akan dihisab di hari akhirat satu-per satu sehingga
tuannya merasa kesusahan. Diriwayatkan Rasulullah
salallahualaihiwassalam bersabda ;
اثْنَتَانِ يَكْرَهُهُمَا ابْنُ
آدَمَ الْمَوْتُ وَالْمَوْتُ خَيْرٌ لِلْمُؤْمِنِ مِنَ الْفِتْنَةِ
وَيَكْرَهُ قِلَّةَ الْمَالِ وَقِلَّةُ الْمَالِ أَقُلُّ لِلْحِسَابِ
“Dua perkara yang tidak disukai oleh manusia: kematian, padahal
kematian itu baik bagi muslim tatkala fitnah melanda, dan yang kedua
tidak disukai pula adalah sedikit harta, padahal sedikit harta akan
menyebabkan manusia mudah dihisab (pada hari kiamat).” [Riwayat Ahmad]
Disebabkan hisab yang panjang maka waktu mereka memasuki syurga menjadi
tertangguh sehingga didahului oleh orang-orang yang miskin.
Ini disebut dalam hadith Aisyah RA bahawa baginda salallahualaihiwassalam bersabda;
إِنَّهُمْ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِأَرْبَعِينَ خَرِيفًا
Mereka itu (orang miskin) memasuki syurga seawal 40 tahun terlebih dahulu daripada orang kaya. [Riwayat Al-Tirmidzi]
Mereka itu (orang miskin) memasuki syurga seawal 40 tahun terlebih dahulu daripada orang kaya. [Riwayat Al-Tirmidzi]
Empat puluh tahun awal memasuki syurga, mendahului si kaya di akhirat
adalah lebih berbaloi berbanding menjadi kaya di dunia ini yang tidak
sampai beberapa puluh tahun, kemudian ada sakit pula yang
bermacam-macam, kena bayar cukai, ada masalah rumahtangga dan
sebagainya.
# Islam tidak menyuruh umatnya menjadi miskin tetapi
kita disuruh redha dan berusaha dengan cara yang halal. Kalau sudah
berhati-hati dan berusaha dengan cara yang halal pun menjadi kaya juga
itu rezeki, syukurilah nikmat Tuhan dengan berbakti. Namun tak usah
sertai skim cepat kaya, geng hidu dan cium duit, seminar sana-sini,
bisnes tipu wanita dan agama dengan produk yang tidak ada jaminan
apa-apa kecuali testimoni lalu ghairah mengejar sesuatu yang hanya
membawa derita dunia dan akhirat.
Satu herba yang berjaya
merawat jerawat seorang gadis dijadikan testimoni dan promosi untuk
dijual kepada orang lain yang belum tentu sama kulit, DNA, pemakanan dan
dietnya. Terlajak laris semua barangan dibeli oleh masyarakat yang
jahil dan tidak dididik dengan fakta dan bukti.
Kekayaan itukah
yang dibanggakan konon usaha halal berniaga? Ya kamu tidak menipu secara
terus terang, kamu berselindung di sebalik persepsi, ia tipu juga di
sisi Tuhan dan agama. Kerana itu baginda salallahualaihiwassalam
bersabda ;
التاجر الصدوق الأمين مع النبيين والصديقين والشهداء
Peniaga yang jujur lagi amanah, akan bersama dengan para Nabi, siddiqin dan syuhada [Riwayat al-Tirmidzi]
Peniaga yang jujur lagi amanah, akan bersama dengan para Nabi, siddiqin dan syuhada [Riwayat al-Tirmidzi]
Penjual amanah bukan hanya pulangkan duit baki, atau timbang tidak
menipu tetapi kamu jujur memberitahu produk ini hanya berkesan kepada
orang tertentu dan tiada jaminan akan berkesan kepada jenis dan bentuk
kulit yang lain, belum diuji oleh 'clinical test', ada kesan sampingan
dan sebagainya.
Akhir kata, bukanlah yang kaya itu semuanya
bahagia. Kelak merekalah yang selalunya sengsara, di dunia mungkin
mereka boleh berselesa di atas sofa empuk, memiliki puluhan sekolah
tahfiz dan rumah anak yatim guna dikatakan dermawan dan berkebajikan
namun ia sama sekali tidak akan menyelamatkan mereka daripada dihisab
oleh Tuhan terhadap kebun-kebun, saham-saham, perabot-perabot, rantai
emas isteri, kereta-kereta mewah peribadi yang dimiliki.
Khalifah Umar al-Khattab RA pernah menziarahi gabenor Syam yang bernama
Abu Ubaidah Al-Jarrah RA ketika memasuki rumahnya alangkah terkejutnya
Umar RA kerana tiada apa yang ada di dalamnya kecuali kecuali pedang,
perisai dan kenderaannya, lalu ditanya oleh Umar kenapa dia tidak
memiliki perkakasan seperti orang lain ?
Dijawab oleh Abu Ubaidah al-Jarrah, gabenor Syam dengan berkata ;
يا أمير المؤمنين ، هذا يبلغني المقيل
Wahai Amirul Mukminin, inilah yang yang akan dapat menghantarkan aku ke tempat yang dituju (akhirat). [Hilyah al-Awliya, Abu Nuaym]
Wahai Amirul Mukminin, inilah yang yang akan dapat menghantarkan aku ke tempat yang dituju (akhirat). [Hilyah al-Awliya, Abu Nuaym]
Semoga Allah menyelamatkan kita oleh fitnah dunia!
1 comment:
السلام عليكم...
Mohon utk share ya. Bagus sekali penulisan tuan. Sebagai peringatan bersama. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga.
Post a Comment