Bukan sekali tetapi banyak kali orang yang
berkata seperti itu. Seolah-olah kita membuat persembahan pentomin, nyanyian
atau hiburan. 'Best' dengar kuliah ustaz itu, sentap, mendalam dan 'syiok'. Ada
pula yang berkata memang kelakar habis...Macam baru menonton rancangan filem
lawak.
Hakikatnya itu adalah kuliah agama dan majlis
ilmu yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang agama
Allah, tentang jalan menuju Allah dan mengajarkan manusia tentang isi kitab
Allah dan sunnah rasul Allah.
Ianya bukan hiburan, bukan untuk mengisi masa
akibat bosan dan tiada kerja lain yang hendak dibuat. Tetapi ia adalah amanah
ilmu yang perlu diamalkan, diberi perhatian kerana ianya dapat mempengaruhi kedudukan
kita di sisi Allah apakah kita ini ahli syurga atau ahli neraka?
Apakah akan diterima amalan atau dihinakan
dengan dicampak segala amalan menjadi debu-debu yang berterbangan ?
Diriwayatkan daripada Atho' bin Abi Rabah
bahawa pernah ada seorang pemuda mendatangi Aisyah RA untuk bertanyakan sesuatu
masalah agama lalu Aisyah RA pun menyampaikan hadith kepadanya. Kemudian tidak
lama selepas itu maka pemuda itu pun mendatangi lagi Aisyah RA untuk
bertanyakan masalah yang baru maka Aisyah RA pun berkata ;
يا بني هل
عملت بعد ما سمعت مني؟
Wahai anakku, apakah engkau sudah mengamalkan apa yang telah engkau dengar daripadaku dahulu?
Wahai anakku, apakah engkau sudah mengamalkan apa yang telah engkau dengar daripadaku dahulu?
Lalu anak muda itu pun menjawab;
لا والله يا
أمه
Demi Allah, belum lagi wahai bonda.
Demi Allah, belum lagi wahai bonda.
Maka Aisyah RA pun berkata;
يا بني فبما
تستكثر من حجج الله علينا وعليك؟
Wahai anakku, justeru untuk apa engkau mahu memperbanyakkan hujah Allah ke atas kami dan ke atas kamu? (Maksudnya kenapa nak tambah beban dan sebab untuk disoal oleh ALLAH nanti)
Wahai anakku, justeru untuk apa engkau mahu memperbanyakkan hujah Allah ke atas kami dan ke atas kamu? (Maksudnya kenapa nak tambah beban dan sebab untuk disoal oleh ALLAH nanti)
[Kitab Iqtidha' al-'ilm al-'Amal, l-Khatib
al-Baghdadi]
Di dalam hadith juga ada menyebutkan bahawa
tidaklah akan berganjak kedua kaki anak adam pada hari kiamat sehinggalah dia
ditanya tentang empat perkara dan salah satunya ialah ;
وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ
‘Dan tentang ilmunya akan apa yang sudah dia amalkan?
وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ
‘Dan tentang ilmunya akan apa yang sudah dia amalkan?
[Riwayat al-Tirmidzi, Ibn Hibban dan
Ad-Darimi]
Namun kita tetap lebih suka memperbanyakkan
kuliah ilmu, seronok dan best mendengar ceramah dan 'lama tak dengar kuliah
ustaz, kami dah bosan dengan kuliah ustaz tu, nak rasa kelainan pula jemput penceramah
lain.....
Patutlah Islam kita berbeza dengan zaman
salaf dan sahabat RA!
No comments:
Post a Comment