Kerana itu kata para salaf, 
kami dahulu biasa bergurau senda dihadapan orang ramai sehinggalah kami 
menjadi ikutan lalu kami pun meninggalkannya. Contohnya kata Imam 
Al-Awzaie rahimahullah;
 كنا نضحك ونمزح ، فلما صرنا يقتدى بنا ، خشيت أن لا يسعنا التبسم 
'Kami dahulu biasa berketawa dan bergurau senda, apabila kami mendapati manusia mula mengikuti kami maka aku pun menjadi takut sampai bimbang hendak senyum.' [Siyar A'lam Al-Nubala, Adz-Zahabi]
'Kami dahulu biasa berketawa dan bergurau senda, apabila kami mendapati manusia mula mengikuti kami maka aku pun menjadi takut sampai bimbang hendak senyum.' [Siyar A'lam Al-Nubala, Adz-Zahabi]
 Isunya bukan 
soal tak boleh senyum, tapi berhati-hatinya salaf memikirkan kesan 
akibat orang ramai mula mengikuti mereka, menjadikan mereka idola, ada 
fan-page, ada sebutan 'dia itu syeikh/guru saya', maka program, aktiviti
 yang dianjurkan oleh mereka kena berhati-hati memikirkan kesannya pada 
masa depan khususnya apabila mengait nama salaf, sunnah, dakwah, Islam, 
perjuangan Islam. 
 # Jika ada gadis cantik/artis naik atas pentas
 beri tazkirah, dijadikan 'cover' majalah dan iklan program dakwah lalu 
agamawan diam, tokoh pendakwah hadir sama maka orang awam pun akan 
berkata, oh tak mengapa sebab Dr, Syeikh, Ustaz tu tak kata apa pun.
 # Jika ada majlis dakwah buat dihotel, makan mewah dan bergaya, ada 
muzik dan persembahan, ada VVIP dan raja datang maka akhirnya orang akan
 kata apa salahnya kita buat majlis macam ini. Ustaz atau tokoh 
pendakwah itu pun buat. 
 # Isunya bukan soal halal-haram, isunya 
bukan sangka baik, hormat dan sebagainya. Kita jelas hak sebagai muslim 
bersaudara dan kita tidak perlu penjelasan dari sesiapa kenapa mereka 
buat begitu dan begini. Kita hanya menasihati untuk pembaikan dakwah di 
masa depan. 
 Itu fokus kita. 
 Akhir kata ada pesanan 
salaf, antaranya; Imam Makhul Rahimahullah pernah berkata; "Jika fitnah 
datang dan menampakkan kepalanya, seorang 'alim telah mengetahuinya dari
 kejauhan. Jika fitnah telah berpaling dan pergi, maka tiap-tiap orang 
jahil baru mengetahuinya". [Hilyah Al-Awliya, Abu Nuaym]
 Asal 
usul syirik asalnya perkara remeh, memuliakan orang soleh, apa 
salahnya....lama-kelamaan setelah berlalu beberapa kurun orang pun 
menjadi syirik. 
 Begitu juga budaya bertudung, dahulu ada ulama' 
kritik tentang kesilapan dakwah pada tudung bukan pada aqidah dan 
kefahaman Ilmu... lalu orang berkata apa salahnya ajak bertudung dulu 
walau belum betul aqidah dan Islamnya? Sekarang semua orang bertudung, 
artis, penyanyi, pelacur, pemakai baju seksi dan seluar ketat, lalu 
tudung menjadi fitnah dan budaya. Kemudian purdah, kemudian dakwah, 
kemudian Islamik muzik, kemudian rawatan Islam, satu demi satu fitnah 
merebak dalam umat...
 Benarlah kata Hasan al-Basri rahimahullah;
إن هذه الفتنة إذا أقبلت عرفها كل عالم وإذا أدبرت عرفها كل جاهل
'Sesungguhnya fitnah ini apabila ia muncul maka ianya hanya diketahui 
oleh semua mereka yang alim sahaja dan apabila ianya telah beredar 
barulah ianya diketahui oleh semua mereka yang jahil.' [al-Tabaqat, Ibn 
Sa'd dan Tarikh Al-Kabir, al-Bukhari] 
 Kita mahu sudah nampak akibat buruknya depan mata baru kita hendak menolaknya? 
Waktu itu mungkin sudah terlambat !




