Tuesday, May 14, 2013

Poligami cara Nabi salallahualaihiwassalam

Poligami apabila dipandang sbg kek dibahagi 4 memang rugi tp jika dipandang sbg membina ummah dgn 4 org pembantu beban tugas jd berkurangan!
Ramai wanita menolak poligami kerana mereka tidak mahu dan tidak ingin menjadi seperti isteri-isteri Nabi Salallahualaihiwassalam. Maka untuk menutupi keburukan mereka itu maka mereka pun berusaha mencari sisi-sisi yang kononnya nampak 'buruk atau negatif' dari sirah isteri-isteri dan anak perempuan nabi untuk berkata 'tengok tu, isteri nabi pun cemburu, tengok tu Fatimah pun tak sudi dimadukan dan lain-lain.

Sikap ini tak ubah seperti sikap orang yang mencari ayat mutasyabihat untuk mentakwilkan menurut hawa nafsunya. [Lihat ayat 3 surah Ali-Imran] Hakikatnya, isteri-isteri Nabi salallahualaihiwassalam menjadi contoh teladan yang terbaik kepada wanita Islam yang beriman.

1. Ketika Ummu Mukminin Aisyah RA difitnah berzina dengan sahabat yang bernama Sofwan bin Mu'athal RA oleh golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul, tidak ada seorang pun dari isteri-isteri Nabi yang lain yang bercakap buruk terhadap Aisyah atau mengambil kesempatan itu untuk memburuk-burukkannya.

Bahkan madu-madu Aisyah semuanya membelanya termasuk Zainab al-Jahsy RA yang merupakan pesaing Aisyah disisi Nabi Salallahualaihiwassalam. Ini kerana para isteri Nabi mungkin ada cemburu, bersaing untuk berbakti kepada suami mereka namun sama sekali mereka TIDAK BERMAKSUD BURUK.

2. Ada orang berkata Nabi SAW tidak berpoligami ketika menikahi Khadijah RA dan berkata Nabi hanya berpoligami setelah Khadijah wafat dan menganggap ianya sunnah. Al-Jawab, jika begitu maka hendaklah setiap lelaki itu menikahi janda kerana Khadijah janda dan Khadijah lebih berusia dari baginda maka hendaklah lelaki menikahi perempuan yang lebih tua darinya.

Tidak begitu. Sunnah ialah menikahi anak dara, menikah lebih dari satu bagi memperbanyakkan umat.

3. Ada orang berkata Fatimah RA menolak poligami. Hal itu adalah tidak benar, hanya Fatimah yang dusta sahaja menolak poligami tetapi tidak Fatimah anak Nabi. Fatimah menolak untuk dimadukan dengan anak perempuan Abu Jahal bukannya poligami kerana dia benci untuk berada dibawah bumbung yang sama dengan anak perempuan kepada musuh Allah.

4. Para isteri Nabi salallahualaihiwassalam amat mesra antara satu sama lain. Ini dibuktikan berdasarkan riwayat daripada Aisyah RA bahawa ketika Ummu Habibah (Ramlah binti Abu Sufyan) RA sedang nazak maka dia memanggil Aisyah lalu meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah berlaku antara mereka selaku madu-madu. Lalu Aisyah pun berkata ' Semoga Allah mengampuni kamu dan membebaskan kamu dari segala bebanan. Ummu Habibah pun menjawab, 'Kamu telah membuatkan aku gembira. Semoga Allah menjadikan kamu gembira. ' Kemudian Ummu Habibah pun mengutuskan Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama. [Siyar' A'lam Al-Nubala, Al-Dzahabi]

5. Poligami hari ini kebanyakkannya gagal kerana para suami tidak mengikuti teladan dan sunnah Nabi salallahualaihiwassalam yang sebenarnya dan gagal mendidik para isteri agar menjadi seperti isteri-isteri Nabi. Maka itulah yang menyebabkan institusi poligami dan perkahwinan Islam mendapat imej yang buruk.

Bukan poligami yang salah, tetapi manusia yang gagal dalam mengamalkannya !

3 comments:

Arcane said...

Assalamualaikum Ustaz. Satu ulasan yang mantap dan kukuh.

Malangnya kebanyakan ustaz2 dan ustazah2 (asatizahlah terutamanya!!!) kebanyakannya tidak mampu menyanggah hujah2 golongan pencari2 makna mutasyabihat (golongan anti-poligami, etc ) dengan hujah2 yg mantap seperti ustaz. Sama ada mereka ini tidak mampu untuk lebih berkreatif ataupun mengamalkan kitman kerana mencari keredhaan manusia dan nafsu.

Congrats dan ketahuilah sesungguhnya ramai lagi penyokong2 kebenaran yg haq yg akan sentiasa mendokong mereka yang Mukhlisin dengan agama ini. Berdoalah agar kita semua sentiasa ikhlas dan diredhainya....Wassalam.

Arcane said...

*sentiasa diredhaiNya

Umarsaidredza said...

Umur khadijah ketika khwin dgn rasulullah ada perbahasan, secara mutlaq mnganggp lbh tua kurang tepat,bhkn ada ulama yg tarjihkn umur khadijah dan rasulullah adalh sebaya,wallahua'lam