Wednesday, February 27, 2013

Bersangka baik terhadap ucapan saudara seagama


Hari ini kita cepat sekali melenting dengan ucapan tokoh atau saudara kita sekalipun sama-sama adalah Muslim tanpa ada ruang untuk bersangka baik atau berlapang dada dan memberikan ruang kepadanya untuk membuat penjelasan.

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab RA berkata : لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا 'Janganlah bersangka buruk terhadap kata-kata yang diucapkan oleh saudaramu sekiranya kamu mampu mencari penafsiran yang baik terhadap kata-katanya itu. [riwayat Baihaqi dan Ibn Hibban]

Begitu juga pesanan Ja'afar bin Muhammad RA yang berkata, ' Jika sampai kepada engkau tentang sesuatu perkara dari saudaramu yang engkau mengingkarinya maka carilah alasan (keuzuran) baginya yang engkau mampu perolehi dari satu sehingga kepada tujuh puluh alasan. Kemungkinan dia ada alasan yang benar atau pun paling kurang terdapat keuzuran/alasan yang tidak diketahuinya. [riwayatkan oleh Ibn Asakir]

Terdapat kata-kata yang sama dari Ibn Sirrin RA, bahawa apabila sampai kepada engkau tentang sesuatu perkara dari saudaramu maka carilah alasan baginya dan jika kamu tidak menemui alasan maka anggaplah boleh jadi terdapat padanya alasan.

Walaupun kita mungkin berbeza faham politik, mazhab, aliran namun sama sekali kita tidak boleh berbeza pada pegangan terhadap al-Quran dan sunnah serta akhlak Islamiyyah !

Mengenal menantu Rasulullah Salallahualaihiwassalam


1. أبي العاص بن الربيع Abu’l-‘Aas ibn al-Rabee’ RA, menantu sulung baginda SAW yang mengahwini anak perempuan yang paling tua iaitu Zainab RA. Masuk Islam sebelum perjanjian Hudaibiyyah. 


2. عثمان بن عفان Uthman ibn ‘Affaan RA, suami kepada dua anak perempuan Rasulullah SAW. Pertama beliau menikahi Ruqayyah RA, kemudian Ruqaiyyah meninggal dunia di Madinah semasa berlaku peperangan Badar. Setelah itu Baginda SAW menikahkan Uthman RA dengan anak perempuan baginda SAW yang seterusnya bernama Umm Kalthoom RA. 


3. علي بن أبي طالب Ali bin Abi Taalib RA, suami kepada anak perempuan bongsu baginda SAW iaitu Fatimah RA. Mereka bernikah pada tahun ke 2, Hijrah di Madinah. Fatimah wafat selepas 6 bulan kewafatan rasulullah salallahualaihiwassalam. 


Ada dua orang menantu Rasulullah yang pernah menikahi anak gadisnya tetapi tidak sempat bersama iaitu Utbah ibn Abi Lahab dan Utaybah ibn Abi Lahab, (kedua-duanya anak Abu Lahab) masing-masing menceraikan anak perempuan rasulullah SAW setelah turunnya surah al-Masad. 


-------------------------


Ciri-ciri Abu’l-‘Aas ibn al-Rabee’ RA ialah seorang yang jujur lagi ikhlas. Uthman RA pula ialah sopan, penyayang serta dermawan manakala Ali RA ialah pemberani dan berilmu. Inilah ketokohan yang patut dicari oleh para ibubapa pada calon menantu mereka !

Rawatan Sunnah apabila berada dalam keadaan 'Stress'



Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah salallahualaihiwassalam merasa tertekan maka baginda akan membaca :

لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Kuasa, Yang Maha penyantun, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan pemilik Arasy yang agung, tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan tuhan arasy yang mulia. [riwayat al-Bukhari]

Kata Anas bin Malik RA pula apabila baginda SAW berada dalam keadaan tertekan (stress) , maka baginda SAW akan membaca : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ' Ya Tuhan yang Maha hidup, Yang Kekal dengan rahmatMu aku meminta pertolongan.' [riwayat al-Tirmidzi]

Kemudian seterusnya baginda SAW akan segera mengambil wudhuk dan menunaikan solat lalu mengadu kepada Allah SWT.

WA

Monday, February 18, 2013

Shariah is the way of life


"The hypocrites in Muslim lands say: if you follow the Shariah (the Islamic law), this will get you a thousand years back in time!

I say: where will it get us back to? To the times of the Prophet salla Allahu alaihi wa sallam? Or to the time of Umar who defeated both the Persian and the Byzantium empires? Will it return us back to the times of the Umayyad Caliphate where it reached the south of France and the gates of China? Or the times when we ruled Andalusia and the whole of today’s Spain? Did he forget the times of Qutz who saved the Muslim world from the Mongols? Or maybe he meant the times of Salahuddin (Saladin) the Ayyubid who stopped and defeated the barbaric crusaders and freed Jerusalem? Or was he referring to the Ottoman Empire when the Muslims ruled Asia, Africa and parts of Europe and reigned for 6 centuries? By Allah, any era the Shariah will take us to is better than whatever we could dream of. It is time to abide by our Shariah and let it take us with the grace of Allah to times of honor, pride and dignity. May Allah restore these golden days."



- Shaykh Assim Al Hakeem

Tuesday, February 05, 2013

Bagaimana seorang bapa menikahkan anak perempuannya disisi salaf ?

Diriwayatkan oleh Imam Adz-Zahabi rahimahullah bahawa Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah pernah menikahkan anak perempuannya kepada Kathir bin Al-Mutallib yang merupakan salah seorang daripada muridnya.

Kata Kathir :
كنت أجالس سعيد بن المسيب ، ففقدني أياما ، فلما جئته قال : أين كنت ؟ قلت : توفيت أهلي فاشتغلت بها ، فقال : ألا أخبرتنا فشهدناها ، ثم قال : هل استحدثت امرأة ؟ فقلت : يرحمك الله ، ومن يزوجني وما أملك إلا درهمين أو ثلاثة ؟ قال : أنا . فقلت : وتفعل ؟ قال : نعم ، ثم تحمد ، وصلى على النبي صلى الله عليه وسلم ، وزوجني على درهمين - أو قال: ثلاثة - فقمت وما أدري ما أصنع من الفرح ، فصرت إلى منزلي وجعلت أتفكر فيمن أستدين .
فصليت المغرب ، ورجعت إلى منزلي ، وكنت وحدي صائما ، فقدمت عشائي أفطر ، وكان خبزا وزيتا ، فإذا بابي يقرع ، فقلت : من هذا ؟ فقال : سعيد . ففكرت في كل من اسمه سعيد إلا ابن المسيب ، فإنه لم ير أربعين سنة إلا بين بيته والمسجد ، فخرجت فإذا سعيد ، فظننت أنه قد بدا له ، فقلت : يا أبا محمد ألا أرسلت إلي فأتيك ؟ قال : لا ، أنت أحق أن تؤتى ، إنك كنت رجلا عزبا فتزوجت ، فكرهت أن تبيت الليلة وحدك ، وهذه امرأتك . فإذا هي قائمة من خلفه في طوله ، ثم أخذ بيدها فدفعها في الباب ، ورد الباب . فسقطت المرأة من الحياء ، وبلغ أمي ، فجاءت وقالت : وجهي من وجهك حرام إن مسستها قبل أن أصلحها إلى ثلاثة أيام ، فأقمت ثلاثا ، ثم دخلت بها ، فإذا هي من أجمل الناس ، وأحفظ الناس لكتاب الله ، وأعلمهم بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وأعرفهم بحق زوج
Aku biasanya selalu mendampingi Sa'id bin al-Musayyib sehinggalah aku tidak datang selama beberapa hari. Apabila aku menemuinya maka dia pun bertanya ke mana aku pergi? Aku pun menjawab bahawa isteri aku telah meninggal dunia dan aku sibuk menguruskan kematiannya. Dia pun berkata kenapa kamu tidak memberitahu kami supaya kami boleh menghadiri kematiannya. Kemudian dia menambah apakah kamu sudah menemui isteri yang baru ? Aku pun menjawab : Semoga Allah merahmati kamu, siapakah yang akan menikahkan aku sedang aku hanya mempunyai tidak lebih daripada dua atau tiga dirham? Lalu kata Said, Aku akan menikahkan kamu. Aku pun bertanya adakah engkau akan melakukannya? Dia menjawab : Ya, dan dia pun memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi salallahualaihiwassalam sambil menikahkan aku dengan anak gadisnya dengan mahar dua atau tiga dirham. Aku pun bangun meninggalkan tempat tersebut dalam keadaan gembira lalu pulang ke rumah untuk membuat persiapan dan berfikir untuk meminjam wang dari sesiapa.

Aku solat maghrib dan kemudian pulang ke rumah dan ketika itu aku sedang berpuasa lalu menyiapkan makanan kemudian berbuka dengan roti dan minyak zaitun. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintuku dan aku pun bertanya siapa? Dia menjawab : Said. Aku pun berfikir tentang Said yang ku kenal dan aku berfikir tentang semua Said yang aku ingat kecuali Said bin al-Musayyib kerana dia tidak pernah dilihat keluar selain di rumah dan masjid selama 40 tahun. Aku pun keluar dan melihat yang datang ialah Said dan aku berkira-kira bahawa dia mungkin mahu mengubah keputusannya.

Aku pun berkata : wahai Abu Muhammad (gelaran kuniyah Said) kenapa engkau tidak mengutuskan utusan supaya aku datang menghadap engkau? Dia pun menjawab, Tidak, engkau memiliki hak yang lebih besar daripada aku dan aku yang patut datang kepada kamu kerana kamu berseorangan dan kemudian bernikah maka aku tidak suka kamu menjalani waktu malam kamu tanpa isteri disisi. Ini dia isteri kamu dan kelihatan seorang perempuan berdiri di belakang Said dan dia adalah sama tinggi dengannya.

Said pun menarik perempuan itu dengan tangannya lalu menolak anak gadisnya ke pintu lalu menutup pintu tersebut. Gadis itu hampir jatuh kerana rasa malu dan berita tentang perkahwinan aku itu sampai kepada ibuku sehingga dia datang kepada aku dengan tergesa-gesa dan berkata sesungguhnya aku tidak akan bercakap dengan engkau jika kamu menyentuhnya sebelum aku mempersiapkan dia selama 3 hari.

Jadi aku pun menunggu 3 hari barulah akhirnya aku menidurinya dan bersama dengannya dan dia adalah perempuan yang paling cantik dan menghafal al-Quran, serta berpengetahuan luas terhadap kitab Allah dan sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam serta hak suaminya. [ Kitab Siyar A’lam al-Nubala’ oleh Adz-zahabi]

1. Permudahkan nikah dan percepatkan aqad
2. Murah mahar dan belanja
3. Utamakan apa yang wajib dan jangan dok risau/sibuk hal-hal yang kurang penting seperti kenduri-kendara, rasmi dll.
4. Mak si lelaki Kathir itu pun dapat tahu dari cerita yang tersebar maknanya tak perlu gopoh2 nak mesyuarat itu ini, sebaliknya permudahkan saja nikah dan lain-lain boleh urus kemudian.
5. Menyerahkan segera anak gadis kepada pihak lelaki, jangan simpan dia.
6. Ibubapa pihak lelaki/ mak lelaki bertanggungjawab dandan dan urus anak gadis/ menantunya, bagi kursus cara melayan suami tak perlu upah tukang solek/pedandan dan mak andam yang bukan mahram lagi jahil.
7. Tak perlu demand (mengada-gada) minta macam-macam sedang anak gadis Said al-Musayyib yang hafal Quran, hadith dan faham Islam serta cantik itu pun simple nikahnya tak banyak syarat dan tak mengada-gada !