Tuesday, June 15, 2010

Isu JI Muncul bagi menjauhkan Umat Islam daripada Jihad


Jemaah Islamiyah (JI)bukanlah sebuah gerakan Islam yang disukai oleh saya bahkan jauh sekali yang disokong. Saya tidak mempunyai kaitan atau apa-apa kena mengena dengan mereka namun saya merasa terpanggil untuk menulis apabila membaca isu ini yang tiba-tiba muncul di dalam akhbar dan berita TV.

Saya menulis untuk menyatakan pendirian dan pandangan.

Apabila dunia dikejutkan oleh kejahatan israel,beberapa buah kapal bantuan kemanusiaan ke GAZA disekat oleh pihak zionis dan sukarelawan Turki dibunuh maka umat islam seluruh dunia melenting dan bangkit mencemuh tindakan israel tersebut.

Demonstransi,protes, bantahan, membakar bendera semuanya sudah dilakukan tetapi tiada tindakan yang berkesan dapat dibuat bagi mencegah kejahatan dan kezaliman Israel.

Akhirnya satu kalimah mula muncul dilisan dan bibir-bibir umat islam.

Kalimah tersebut ialah jihad.

Sebelum ini masyarakat dunia yang cerdik sudah pun mengetahui betapa risau dan bimbangnya Amerika Syarikat serta pihak bersekutu terhadap kebangkitan Islam.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini (insiden GAZA) telah mencetuskan kebimbangan pihak barat dan zionis bahawa ianya mungkin akan menjadi "trigger" kepada perjuangan jihad umat Islam maka sebuah tindakan drastik perlu segera diambil.

Kita mesti pastikan umat Islam tidak berjihad ! Itu ketakutan mereka lalu dari hasil mesyuarat cerdik pandai di kalangan mereka sebuah keputusan pun dihasilkan.

Umat Islam perlu dijauhkan dengan jihad dan promosi besar-besaran perlu dilakukan bagi mengambarkan bahawa aktiviti menentang zionis dan barat bukanlah jihad tetapi perbuatan teroris.



Penasehat Presiden AS di dalam melawan terorisme, John Brennan mengakui bahawa jihad adalah ajaran Islam yang sah dan oleh sebab itu istilah "jihadis" untuk mereka yang melakukan jihad seharusnya tidak digunakan kerana akan memperlihatkan seolah-olah Amerika memerangi Islam. Dalam pidatonya di Center for Strategic and International Studies,Brennan yang menegaskan bahwa jihad bukanlah terorisme.

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/penasehat-presiden-as-jihad-ajaran-islam-yang-absah.htm


Bagi barat, Jihad mesti dipromosikan sebagai sebuah ritual yang suci yang tidak mengandungi unsur yang boleh membahayakan kepentingan mereka.

Di dalam mesyuarat mereka juga, sebuah keputusan di ambil untuk memastikan wujud sekutu-sekutu di kalangan umat islam yang dapat membantu pihak zionis dan barat bagi mengekalkan kepentingan mereka berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.

Antara yang jelas kelihatan kepada kita ialah seperti negara Indonesia yang mengalami campur tangan secara langsung oleh pihak Zionis dan barat. Buktinya sila rujuk kepada banyak sumber berkenaan Unit Anti Keganasan Indonesia yang digelar "Densus 88".

Walau kita mendakwa negara seperti Indonesia itu berdaulat namun ianya dengan mudah dicabuli dan dicampur tangan oleh pihak luar atas nama "keselamatan".

"Detachment 88 was formed after the 2002 Bali bombings and became operational in 2003.The name of the organization is a result of a senior Indonesian police official mishearing "ATA" in a briefing on the US Department of State's Anti-Terorrist Assistance program as "88.

Detachment 88 is assisted by foreign agencies, including the Australian Federal Police, in forensic sciences including DNA analysis, and communications monitoring. In pre-emptive strikes in Java, the unit thwarted attack plans to material assembly.

Detachment 88's operations include using US intelligence officers in its Jakarta headquarters to tap the phone calls and read the SMS text messages of Indonesian civilians.This special unit is being funded by the US government through its State Department's Diplomatic Security Service (DSS). The unit is currently being trained in Megamendung, 50 km south of Jakarta, by CIA, FBI, and US Secret Service. Most of these instructors were ex-US special forces personnel.

Detachment 88 is designed to become an anti-terrorist unit that is capable to counter various terrorist threats, from bomb threats to hostage situations. This 400-personnel strong special force went to full operation in 2005. They consist of investigators, explosive experts, and an attack unit that includes snipers.

http://en.wikipedia.org/wiki/Detachment_88

Maka kumpulan itu diberi sponsor, biaya dan segala macam bantuan kelengkapan bagi melaksanakan misi-misi "keselamatan" atas kepentingan pihak barat.

Selain menaja pihak dan badan rasmi sesebuah negara mereka juga tidak kurang turut membiayai operasi dakwah dan keagamaan Islam yang menyokong idea dan pemikiran serta kehendak mereka. Boleh jadi secara sedar atau mungkin tanpa disedari oleh pihak terbabit tetapi yang pasti mereka (kumpulan dakwah) daripada umat Islam ada yang ditunggang oleh Zionis dan barat bagi menjalankan kehendak dan dakwah yang menepati citarasa barat.

Pentagon dan CIA menaja penerbitan buku-buku dan fatwa Syeikh-syeikh Salafis yang menyokong kerajaan dan pro kehendak Zionis dan barat serta membiayai markaz-markaz sunnah dan pendakwah yang berpotensi melemahkan gerakan jihad dan mujahiddin seluruh dunia dan menjayakan kempen "memerangi keganasan antarabangsa" mereka.

Lihat lanjut di : http://www.youtube.com/watch?v=zbXNgiAQgOw

Oleh sebab itu, sebaik sahaja misi menghantar bantuan ke Palestin terhalang dan berlaku insiden pembunuhan sukarelawan dan semangat jihad kembali bangkit di dalam dada umat Islam maka pihak barat berasa cukup bimbang dan sebuah langkah drastik pun segera di ambil iaitu "menghitamkan jihad" dengan menakutkan orang ramai dengan aktiviti terorisme dan kemunculan JI (Jemaah Islamiyah).

JI rekrut pelajar IPT

KUALA LUMPUR 14 Jun – Kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) warga asing kini dikesan aktif cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sebaik melihat aksi demo dan kemarahan umat Islam seluruh negara, wakil zionis dan sekutu barat di negara ini segera mendapat arahan dan perintah untuk menutup isu ini dari menjadi berita sensasi umat Islam negara ini dan "pengalihan isu" perlu dibuat dengan segera yang dapat memadamkan dan mematahkan kembali semangat jihad umat Islam tanahair.

Maka terbitlah semula isu JI yang sudah lama dilupakan orang.

Pihak yang menjadi proksi zionis didapati terpaksa menghidupkan semula isu murahan ini dan kita tidak hairan jika selepas ini berlaku beberapa insiden kecil yang digerak cipta (dirancang) oleh pihak zionis yang menyamar sebagai "pejuang Islam" untuk melakukan aktviti terorisme agar orang ramai mencemuh dan menjauhi sebarang usaha ke arah jihad menentang barat dan Zionis.

Inilah perang saraf dan penipuan terhadap masyarakat yang sangat licik dan jahat

Umat Islam akan dibiarkan bergaduh, berselisih dan sibuk mengurus kucar-kacir yang ditaja oleh Zionis di dalam negara mereka sendiri sehingga mereka lupa dan tidak mampu untuk berfikir tentang masalah umat Islam di Palestin dan lain-lain.

Media, suratkhabar, televisyen, wartawan semuanya tiada yang bebas sebaliknya dikawal dan ditentukan tajuk headline (tajuk utama) oleh pihak tertentu di dalam negara dan apa yang akan dipaparkan dan perlu disembunyikan semuanya adalah mengikut arahan pihak atasan. Hal itu bukanlah suatu rahsia tetapi ramai yang masih jahil dan tidak mengetahui apakah kesannya.

Kawalan minda dan masyarakat, itulah hasilnya apabila masyarakat dikawal dan dipaksa menuruti sistem yang telah sedia ada dan anda akan beroleh apa yang anda mahu dengan syarat memintanya melalui sistem. Seorang yang sakit tidak akan dirawat jika tidak mempunyai wang atau jika ke hospital kerajaan maka surat beranak atau kad pengenalan sebagai bukti bahawa anda adalah warga yang tunduk kepada sistem dan undang-undang pendaftaran.

Tanpa keduanya, rawatan tidak akan diberikan atau jika diberi hanya kerana belas kasihan dan budi bicara. Pendidikan, perkhidmatan memerlukan anda menjadi warga yang patut kepada undang-undang, surat nikah (ada kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah dan menerima pendidikan kerana ibubapa tidak memiliki surat nikah), surat beranak, surat itu ini dan jangan lupa wang ringgit yang kerananya manusia sanggup melakukan apa sahaja kerja dan tugasan walau tidak disukainya.

Kita menjadi hamba dunia dan sistem yang dipaksakan ke atas kita semenjak lahir.

Persoalannya, apakah anda sedar semua hal ini? baik ianya untuk kebaikan kita sendiri atau ianya telah dipergunakan oleh zionis selama ini bagi menjayakan kempen-kempen mereka menjajah dunia ianya terpulang kepada bagaimana cara anda berfikir.

Permintaan saya cuma satu, jadilah manusia yang berfikir dan melakukan kebaikan walaupun anda tidak mahu beriman kepada Al-Quran dan As-sunnah. Usahlah mengikut telunjuk dan cakap pihak barat dan zonis wahai rakyat dan pemimpin negaraku.

Wallahu'alam.

4 comments:

arizWanmerahs said...

salam ziarah semoga engkau sihat n gembira selalu.. benarlah apa yg tertulis dalam artikel diatas. trimas..

Abu Faruq Al-Iskandari said...

salam ustaz,
tahniah kerana pandangan bernas yang ustaz telah kemukakan.
untuk pengetahuan ustaz, ana salah satu follower ustaz yang selalu membaca tulisan ustaz.

ana nak offer pada ustaz kalau ustaz nak terbitkan karya2 ustaz, ana blh jadi proffreading dan boleh menerbitkan tulisan ustaz.

ana akan uruskan segala percetakan dan penerbitan.

Ustaz Emran said...

Wa'alaikumussalam,

jazakumullahukhairan kasiro

InsyaAllah kita doakan yang terbaik untuk Umat Islam dan semoga Allah meredhai usaha dan amalan kita.

terima kasih di atas komen.

p/s :

En. Zikr, terima kasih.

sepakatjaya said...

Kalau umat Islam mempertahankan diri, akidah dan jihad mereka dikatakan teroris. kalau org kafir menggunakan keganasan mereka katakan langkah keselamatan. Orang Islam terikut-ikut propaganda yahudi dan tidak yakin dengan Islam yang mmg sejahtera dan selamat kerana keselamatan negara dan diri bersandar kepada amerika yg disangka menjamin keselamatan...nauzubillah.