Para ulama Islam telah sepakat menyatakan bahawa hukum jihad ialah wajib ke atas umat Islam secara kewajipan setiap individu (Fardhu Ain) apabila musuh telah menyerang kaum Muslimin di sesuatu kawasan atau wilayah Islam.
Hukum fardhu Ain (wajib ke atas setiap individu) ini adalah terjatuh kepada penghuni wilayah Islam yang diserang tersebut untuk mempertahankannya dan menjadi hukum Fardhu Kifayah (kewajipan umum) ke atas umat Islam yang lain yang berada di luar wilayah tersebut.
(Seorang bapa yang kesedihan melihat jenazah 3 orang anak kecilnya yang terbunuh akibat serangan Israel dan kemudian anda masih berasa hairan sambil kaget sewaktu membaca perihal umat Islam yang meletupkan dirinya bersama musuh bagi membunuh Yahudi ? Anda mencemuh perbuatan mereka sambil donut dan karipap dalam mulut anda masih belum habis dikunyah sedang anda tidak mengalami penderitaan mereka - SIAPA SEBENARNYA TERORIS ? )
Bagaimanapun, sekiranya penghuni wilayah tidak memadai untuk menghadapi musuh, maka kewajipan meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan wilayah tersebut, dan seterusnya jika belum memadai juga, jihad menjadi fardu ain bagi yang berdekatan wilayah tersebut sehingga berikutnya sehingga tercapai kekuatan yang memadai untuk menewaskan musuh. Sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.
Imam Dasuki (Mazhab Hanafi) berkata : "Di dalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba sahaya dan anak- anak sekalipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berhutang.
Hukum fardhu Ain (wajib ke atas setiap individu) ini adalah terjatuh kepada penghuni wilayah Islam yang diserang tersebut untuk mempertahankannya dan menjadi hukum Fardhu Kifayah (kewajipan umum) ke atas umat Islam yang lain yang berada di luar wilayah tersebut.
(Seorang bapa yang kesedihan melihat jenazah 3 orang anak kecilnya yang terbunuh akibat serangan Israel dan kemudian anda masih berasa hairan sambil kaget sewaktu membaca perihal umat Islam yang meletupkan dirinya bersama musuh bagi membunuh Yahudi ? Anda mencemuh perbuatan mereka sambil donut dan karipap dalam mulut anda masih belum habis dikunyah sedang anda tidak mengalami penderitaan mereka - SIAPA SEBENARNYA TERORIS ? )
Bagaimanapun, sekiranya penghuni wilayah tidak memadai untuk menghadapi musuh, maka kewajipan meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan wilayah tersebut, dan seterusnya jika belum memadai juga, jihad menjadi fardu ain bagi yang berdekatan wilayah tersebut sehingga berikutnya sehingga tercapai kekuatan yang memadai untuk menewaskan musuh. Sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.
Imam Dasuki (Mazhab Hanafi) berkata : "Di dalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba sahaya dan anak- anak sekalipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berhutang.
Di dalam kitab Bulghatul Masalik li Aqrabil Masalik li Mazhab Imam Malik menyebut : "...Dan jihad ini hukumnya fardu ain jika Imam memerintahkanya, sehingga hukumnya sama dengan solat, puasa dan sebagainya. Kewajiban jihad sebagai fardu ain ini juga terjadi di sebabkan adanya serangan musuh terhadap salah satu wilayah Islam. Maka bagi sesiapa yang tinggal di wilayah tersebut, berkewajipan melaksanakan jihad, dan sekiranya orang-orang yang berada di sana dalam keadaan lemah maka barangsiapa yang tinggal berdekatan dengan wilayah tersebut berkewajipan untuk berjihad.
Imam Ar Ramli (Dari Mazhab Syafi'i) mengatakan : "Maka jika musuh telah masuk ke dalam suatu negeri kita dan jarak antara kita dengan musuh kurang daripada jarak qashar solat, maka penduduk negeri tersebut wajib mempertahankannya, walaupun orang-orang yang tidak dibebani kewajiban jihad seperti orang-orang fakir, anak-anak, hamba sahaya dan perempuan.
Umat Islam Sekitar Palestin Dibebani Hukum Jihad Secara Fardhu Ain
Sejak kerajaan Yahudi ditubuhkan pada 1948 dan penaklukan Israel secara haram ke atas bumi dan wilayah Umat Islam di Palestin maka hukum jihad telah jatuh ke atas setiap bahu umat Islam Palestin dan yang berada di sekitar mereka seperti Mesir, Syiria dan Jordan serta Lubnan.
Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.
Israel yang ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948 diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin.
Umat Islam di Mesir, Jordan serta Syiria termasuk Lebenon (Lubnan) dibebani dengan hukum Jihad Individu (Fardhu Ain) bagi membebaskan Palestin daripada ancaman dan serangan Israel sejak sekian lama lagi malangnya disebabkan oleh perlembagaan Sekular yang didokongi oleh kerajaan terbabit telah menghalang mereka daripada mencampuri urusan Palestin disebabkan tidak mahu terlibat dengan sebarang sentimen agama sebaliknya hanya akan bertindak di atas semangat kebangsaan Arab atau kerana hak asasi manusia dan hanya mahu bertindak dengan menurut saluran yang disediakan barat iaitu melalui PBB atau sekadar memenuhi tanggungjawab yang termaktub di dalam ruang lingkup perjanjian kerajaan masing-masing.
Oleh yang demikian, umat Islam di Negara terbabit perlu melaksanakan kewajipan jihad mereka terhadap membebaskan Palestin dan sekiranya usaha ini tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat sekatan daripada Pihak Pemerintah di Negara mereka maka menjadi kewajipan Fardhu Ain (Kewajipan individu) pula kepada setiap rakyat Negara terbabit yang muslim untuk mencarik dan mengoyakkan perlembagaan sekular mereka yang telah menghalang mereka daripada melaksanakan tuntutan jihad wajib bagi membebaskan Palestin daripada serangan Israel.
Hal ini di dasari kaedah di dalam Hukum Syarak iaitu : “Ma la Yatimmu wajib ila bihi Fahuwa Wajib.” (Apa yang diperlukan bagi menyempurnakan perkara yang wajib maka perkara itu juga menjadi wajib) – Lihat di dalam kitab Qawaid Fiqhiyah oleh Syeikh Dr Abd Karim Zaidan m/s 109.
Amaran terhadap mereka yang enggan melaksanakan kewajipan Jihad
Allah swt befirman yang bermaksud : “ Diwajibkan atas kamu untuk berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Di dalam sebuah hadis, baginda rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak tergerak hatinya untuk berperang, maka dia mati di atas satu cabang kemunafikan." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’ie, Ahmad, Abu Awanah serta Baihaqi)
Sabda rasulullah juga : "Sesiapa yang tidak berperang atau tidak membantu persiapan orang yang berperang, atau tidak menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik, nescaya Allah timpakan kepadanya kegoncangan (musibah)." Yazid bin Abdu Rabbih berkata : "Di dalam hadis yang diriwayatkan ada perkataan "sebelum hari qiamat." (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Darimi, Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Asakir)
Hukum Jihad di Negara yang berjauhan dari Palestin
Tidak diragukan lagi bahawa kewajipan jihad ke atas Israel merupakan hukum wajib ke atas umat Islam yang tinggal berjauhan dengan Palestin namun tuntutan tersebut berbeza-beza ke atas setiap orang berdasarkan kemampuan dan situasi. Maka dalam hal ini berdasarkan kalam ulama’ adalah diyakini bahawa hukum berjihad ke atas Israel masih bertaraf Fardhu Kifayah (kewajipan secara umum) seperti halnya amalan wajib secara kifayah yang lain seperti Solat Jumaat, pengurusan Jenazah, solat berjemaah dan selainnya.
Namun begitu, sekiranya tiada sesiapa yang melaksanakan kewajipan ini daripada pihak yang dituntut maka seluruh umat Islam yang terlibat adalah berdosa. Maksudnya hukum berjihad melawan Israel ialah wajib ke atas seluruh umat Islam di Malaysia secara Fardhu Kifayah dan sekiranya tiada sesiapa pun daripada umat Islam di Malaysia yang melaksanakan kewajipan ini dengan mengirim bantuan baik berupa kewangan, senjata dan tentera (askar) ke Palestin bagi menahan dan membalas serangan Israel maka seluruh umat Islam di Malaysia dibebani dosa yang amat besar.
Menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak pemerintah untuk melaksanakan kewajipan Fardhu Kifayah ini untuk membebaskan umat Islam Malaysia daripada dibebani dosa dan oleh yang demikian sejumlah bantuan askar, kewangan dan senjata perlu dibekalkan sebagai bantuan kepada umat Islam di Palestin dan membantu mereka melawan dan menahan musuh Islam iaitu Israel.
Perlu diingat usaha ini hendaklah dilakukan atas nama agama (Melaksanakan Syiar Islam) dan bukannya di atas alasan dan niat lain seperti semangat kebangsaan, sokongan kemanusiaan dan alasan keamanan dan kononnya untuk menyokong usaha PBB dan sebagainya. Ini kerana tanpa dilakukan usaha pengiriman bantuan ini di atas nama agama Islam, tidak diniatkan atas nama jihad maka bantuan yang dihulurkan adalah sia-sia dan kewajipan Fardhu Kifayah masih tetap belum tertunai dan terangkat daripada bahu umat Islam di Malaysia.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu dilakukan dengan niat dan bagi setiap perkara itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekali lagi perlu dinasihatkan kepada pihak pemerintah, sekiranya usaha jihad berupa Fardhu Kifayah ini tidak dapat tertegak di atas alasan kononnya terikat dengan perjanjian antarabangsa, enggan menonjolkan semangat keagamaan dan cuba mahu menyorokkan syiar Islam dengan alasan menghormati Semangat Sekular yang ditanamkan oleh Penjajah British ke dalam Negara ini maka menjadi kewajipan pula kepada rakyat yang beragama Islam di dalam Negara ini untuk menjatuhkan kerajaan, menggugurkan pemerintah dan melakukan perubahan ke atas kuasa politik di Negara ini bagi membolehkan sebuah pemerintahan baru ditegakkan yang akan dapat menunaikan kewajipan Fardhu Kifayah bagi mengirimkan bantuan dan usaha jihad ke atas umat Islam Palestin.
Sabda rasulullah yang bermaksud : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu arahan maka hendaklah kamu mengusahakannya semampu kamu.” (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 3199)
Di bawah bendera apakah umat Islam dapat berjihad ?
Jihad melibatkan darah dan nyawa, ianya bukanlah sesuatu yang dilakukan sekadar suka-suka sebaliknya memerlukan kepada perancangan rapi dan keyakinan yang tinggi. Justeru satu soalan penting amat perlu dikemukakan oleh setiap watak yang berakal sebelum memulakan pengembaraan ke medan jihad iaitu di bawah bendera apakah dia akan berjihad ?
Sejak zaman permulaan Islam lagi sejarah telah menunjukkan penyelewengan berlaku terhadap umat Islam disebabkan oleh sifat ghulu (melampau) dan mengakibatkan perpecahan yang banyak kerana wujud golongan yang menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah dan menjadikan jihad sebagai satu usaha mengembangkan fahaman sesat mereka.
Termasuk kumpulan yang sesat dan ditolak oleh ulama Islam ialah Syiah. Keterangan lanjut boleh didapatkan daripada buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mewartakan fahaman Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat pada 5 Mei 1996.
Jihad merupakan usaha menegakkan agama Islam dan membela umat Islam daripada kezaliman dan kewajipan jihad jelas termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh yang demikian, perjuangan jihad hanya diiktiraf sekiranya golongan yang melaksanakan jihad ini benar-benar melaksanakannya dengan berpandukan kepada kitab Al-Quran dan As-Sunnah.
Mereka yang berjihad dengan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan mengibarkan bendera Al-Quran dan As-Sunnah inilah yang wajib disertai oleh umat Islam di dalam usaha menegakkan jihad ke atas Israel dan musuh Islam. Fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah (disebut sebagai Sunni atau digelar sebagai nasibi oleh puak Syiah) sahaja yang beraqidah, bertauhid dan beriman dengan Allah dan rasul menurut kefahaman yang diajari oleh rasulullah dan para sahabatnya serta kefahaman ini terpelihara daripada penyelewengan dan kesesatan.
Berdalilkan kepada hadis riwayat Ibnu Umar yang bermaksud : “ Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan dan kesemuanya akan berada di dalam neraka kecuali satu golongan.” Maka para sahabat bertanya siapakah golongan yang terselamat wahai rasulullah ? Maka baginda menjawab : “Golongan yang aku dan sahabatku berada di dalamnya.” (Hadis Hasan, riwayat Tirmidzi no. 26, Hakim dan lain-lain)
Kita semua mengetahui para sahabat memahami agama dengan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta mewariskan kefahaman agama mereka kepada anak-anak mereka (tabien) dan seterusnya para ulama’ Ahlul Sunnah Wal jamaah yang mewarisi kefahaman agama ini daripada rasul dan sahabat melalui rujukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah swt yang bermaksud : “Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan : 52)
Maka jawapan kepada persoalan di bawah bendera apakah sewajarnya umat Islam berjihad ialah satu sahaja iaitu bendera tauhid (Aqidah) yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar dan rujukan.
Kesimpulannya setiap umat Islam wajib memastikan dia berada di bawah bendera yang benar dan didasari oleh Al-Quran dan As-sunnah serta menepati ajaran Islam yang dibawa oleh rasul dan sahabat. Nyawa dan darah tidak harus digadaikan hanya semata-mata semangat dan keyakinan buta tanpa ilmu sehingga tersesat ke dalam neraka akibat kejahilan dan godaan syaitan.
Wallahualam.
2 comments:
Alhamdulillah... akhirnya ana faham maksud jihad terhadap israel.
slm..us..ana copy blog us utk dijadikan artikel ea.syukran.
Post a Comment