Wednesday, September 17, 2008

HOW TO PRODUCE QUALITY LEADERSHIP ?


Bagi melahirkan kepimpinan yang berkualiti kita memerlukan kepada 1 K (knowldge) dan 2 P (Practice & Passion)

Pengetahuan ialah keperluan

Pada hari ini negara yang kaya dan membangun berjaya mencipta sejarah disebabkan oleh faktor pengetahuan dan penerokaan maklumat. Pelaburan di dalam bidang keilmuan dan pengetahuan mendorong kepada peningkatan taraf hidup manusia dan disebabkan itu mereka berjaya menjadi kuaa besar di dalam dunia yang memiliki faktor penentu kepada hala tuju dunia.

If you think knowledge is expensive , try ignorance !

Ini dibuktikan di dalam sejarah dunia sendiri apabila tamadun Islam hampir menguasai 2/3 daripada dunia disebabkan oleh faktor ilmu pengetahuan. Pada tahun 794 M, kilang kertas yang pertama didirikan di kota Baghdad, sebagai memenuhi keghairahan ilmu yang melimpah ruah di ibukota tersebut dengan Baitul Hikmah sebagai mercu tanda yang dibina pada zaman Khalifah Al-Ma'mun (813-833 M).

Bergolak daripada zaman kegemilangan Islam, eropah kemudiannya mengantikan Islam menunjangi tamadun baru di bawah nama tamadun keagungan manusia dan mengubah paksi dunia daripada timur kepada barat. Satu demi satu penemuan dilakukan menggunakan nama sains sebagai alasan dan satu demi satu penerokaan dilakukan menggunakan nama kemajuan.

Pada hari ini, barat menentukan sesuatu kebenaran dan menentukan nilai sesuatu perkara daripada sebesar-besar hal sehingga sekecil-kecil hal.

Sebuah seluar dalam yang diperbuat daripada kain nipis dengan kos pembuatan cuma sekitar RM 5-6 ringgit sehelai tetapi setelah dirujuk di bawah kaca mata barat, dimasukkan dengan jenama barat maka ianya menjadi bernilai puluhan malah ratusan Ringgit.



Sebuah maruah manusia dan kehormatan agama akan bernilai kosong setelah melalui suluhan dan tapisan barat atas alasan menjaga keselamatan, mengelakan rusuhan dan menjaga keamanan.

Maklumat pada hari ini ialah bukan apa yang terjadi tetapi apa yang ingin didengari dan diluluskan untuk didengari oleh masyarakat demikian barat telah menetapkan panduan tersebut dan mengajarnya kepada anak-anak buah mereka yang memerintah di negara-negara di dunia ketiga.

Pembunuhan, penyelewengan kuasa dan rasuah akan ditutup daripada pengetahuan ramai kerana maklumat dan pengetahuan seperti ini dianggap tidak bernilai.



Sebaliknya informasi(pengetahuan mengenai) hiburan dan kelalaian, misalnya ibarat rancangan "Jangan Lupa Lirik" akan dipromosi supaya bernilai jutaan ringgit. Maka sibuklah anak-anak muda menghafal lagu dan liriknya sekali kerana ilmu itu bernilai jutaan ringgit daripada menghafaz ilmu agama dan pengetahuan semasa yang hanya bernilai ISA dan penjara.


Keilmuan sebagai benteng dan harapan

Islam mengharapkan umatnya berilmu dan berpengetahuan demi memelihara keutuhan agama ini agar sentiasa tetap di atas. Sebagaimana sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :
طلب العلم فريضة على كل مسلم
" Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap muslim". (RIWAYAT Ahmad)


2 P (Practice & Passion) - Secret Recipes of Leadership Quality

Practice make prefect merupakan satu slogan yang patut kita contohi dan amalkan di dalam kehidupan, latihan dan amalan merupakan kesinambungan daripada pengetahuan yang dimiliki.

Kita tidak wajar hanya mengetahui kemudian tidak beramal dengan ilmu tersebut kerana tanpa pengamalan segala pegetahuan hanyalah sampah yang membebankan pemikiran.

Di dalam Islam, Allah menyumpah dan mencela mereka yang tidak beramal dengan ilmu yang mereka miliki.

Allah swt berfirman yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan ? Amat besarlah kemurkaan Allah kepada mereka yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan.” (Surah As-Soff :2)


Passion (Semangat ketekunan dan kegigihan )

Pada hari ini anak-anak muda kita mengalami gejala semangat yang hilang. Segala kerja buat dilakukan tanpa disertai dengan semangat dan kesungguhan sehingga mengakibatkan kepada sikap tidak apa dan perangai tak mengapa, kata-kata seperti sudah cukuplah tu dan kerja buat yang tidak pernah memiliki ketekunan.

Orang zaman dahulu melakukan sesuatu kerana dorongan dan ransangan semangat sehingga menjadi budaya dan agama mereka seharian. Kebanggaan, nenek moyang dan kasih sayang di antara perkara yang menjadi semangat dan pendorong mereka.

Apakah berlaku lagi hal seperti ini sekarang ?

Waktu kerja yang ditetapkan sudah pun berakhir setengah jam yang lalu , seorang pegawai kerajaan sedang menyiapkan saki baki tugasannya dan menyelidiki apa lagi kewajipan yang tertangguh untuk kebaikan dan kepentingan masyarakat. Segala kerja yang tertangguh dan boleh mengakibatkan kerugian kepada rakyat dipercepatkan sekalipun terpaksa mengorbankan waktu-waktu keemasan peribadi yang beharga.

Agaknya di negara kita masih lagikah wujud semangat dan keghairahan melunaskan amanah dan kewajipan ?

Harapnya pegawai kerajaan di negara kita tidak terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya bekerja demi melayani rakyat jelata bukan memenuhi isi perut sahaja.

Sabda baginda rasulullah saw :


إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Diriwayatkan kepada A'isyah ra bahawa rasulullah sallahualaihiwasalam dikatakan pernah bersabda yang bermaksud ; " Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu amal perbuatan yang dilakukan oleh setiap daripada kamu apabila dia melakukannya dengan itqan (berkualiti dan dengan kesungguhan)." (hadis ini dikeluarkan oleh Tibrani dan Abi Ya'la serta Baihaqi)

Pihak kerajaan, swasta dan masyarakat perlu mewujudkan banyak latihan dan program pembangunan modal insan bagi mengatasi masalah kejahilan dan meningkatkan kualiti masyarakat yang dilahirkan saban tahun bagi mewujudkan sebuah masyarakat madani yang aman makmur dan sejahtera.


p/s :

Ustaz emran bersama rakan-rakan ada mengendalikan kursus latihan dan pembangunan modal insan di pelbagai sektor dan bidang pekerjaan termasuk kursus-kursus kepimpinan korporat dan berbentuk latihan teknikal di dalam pekerjaan di samping turut mengendalikan kursus keagamaan di sekolah-sekolah, IPT dan pusat pengajian dengan percuma dan berbayar bergantung kepada bentuk latihan dan perkhidmatan.


boleh menghubungi di email : professional.ubudiyah@gmail.com

No comments: