(Ustaz emran yang berbaju hitam berkopiah putih)
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sekadar mampu bagi meraikan hari raya menurut sunnah serta usaha-usaha dilakukan untuk menguruskan visa penempatan di Yaman yang telah tamat pada bulan September yang lalu maka saya disibukkan dengan menguruskan perihal visa kepada para pelajar saya.
(ustaz emran mengajarkan para pelajarnya cara melapah kambing)
Saya terpaksa menghentikan penulisan di laman ustaz.blogspot.com ini BUAT SEMENTARA WAKTU SEBELUM INI disebabkan pelbagai halangan dan kekangan INSYAALLAH AKAN DITERUSKAN SEMULA MULAI MINGGU INI. Moga-moga ada hikmahnya dan dirahmati Allah swt atas segala usaha kita serta saya memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan yang tidak pernah disengajakan.
Adalah nasihat saya, kepada umat Islam supaya bertaqwa kepada Allah swt sekadar mampu, dengan ilmu yang sekadarnya yang diyakini menepati kehendak Allah, beramal berungguh-sungguh mencari bekal menghadapi hari agung iaitu hari Akhirat yang menjadi hari kerayaan bagi yang beriman dan hari pembalasan bagi yang derhaka.
Apalah ada pada nama, pangkat dan bilangan harta jika tidak di serahkan dan dijadikan semuanya kepada Allah swt sebagai tanda ubudiyah.
Salam ubudiyah daripada ana sekeluarga dan para pejuang Islam yang mencari redha-Nya
emran ahmad
No comments:
Post a Comment