Sesungguhnya Hari Raya (Aidh) itu ialah merupakan sebahagian daripada syiar agama dan menjadi sebahagian daripada ibadah dalam agama yang utama di samping kewajipan yang lain dan padanya terdapat pelbgai kelebihan dan fadhilat disisi Allah swt.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah” (Al-Kautsar : 2).
Berkata ulama, Al-Aidh (Hari Raya) disisi Islam bermaksud mensyukuri nikmat Allah dengan beribadah kepadanya melalui ibadah yang khusus di dalam waktu tertentu sebagai mensyukuri nikmat-Nya dan mendekat diri kepada-Nya dengan panduan yang diberikan.
Pada hari raya Aidhil Fitri, ibadah yang diperintah ialah melakukan puasa di bulan ramadhan selama sebulan manakala bagi hari Raya Aidhil Adha kewajipan yang diperintahkan ialah supaya menunaikan haji di Mekah dan menyembelih binatang korban bagi yang bekemampuan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.
Disyariatkan bertakbir sewaktu hari raya sebagai tanda membesarkan dan mentazimkan Allah swt.
Aidhul Adha : Mengingati Detik Pengorbanan dan Ketaqwaan
Ketika Ibrahim as mendoakan kepada Allah : “ Wahai tuhan berikanlah aku anak yang soleh” lalu Allah membalas doanya dengan berfirman : “ Kemudian kami gembirakan dia dengan anak lelaki yang penyantun” (As-Shofat : 101).
Kemudian Allah swt menguji pula nabi Ibrahim dengan mengarahkan supaya Ibrahim menyembelih (mengorbankan) anaknya Ismail seperti yang terpapar dalam ayat : “ Setelah anak itu sampai masa menemani bapanya (Ibrahim) dalam perjalanan maka berkatalah Ibrahim kepada anaknya : Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi di dalam tidur bahawa aku (diperintah) menyembelih engkau maka bagaimanakah pandangan engkau ? Sahut anaknya (Ismail) wahai bapaku hendaklah engkau memperbuat apa yang diperintahkan maka engkau akan mendapati aku dengan izin Allah termasuk seorang yang sabar” (As-Shofat : 102).
Berkata Mujahid ra bahawa yang dimaksudkan “Setelah anak itu sampai masa perjalanan” ialah telah menjadi remaja atau pemuda yang mampu membantu memanfaatkan bapanya dan para ahli sejarah dan ilmu sepakat bahawa ianya ialah Ismail as bukan Ishaq as seperti dalam riwayat lain (lihat dalam bidayah wan nihayah Ibn katsir).
Melalui hadith yang marfu kepada Ibn Abbas ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda : “Mimpi para nabi itu ialah wahyu” (Bukhari no. 138 dan Tirmidzi no. 3689). Maka lantaran itulah Ibrahim as mengambil perhatian dari wahyu Allah swt kepadanya itu yang disampaikan melalui mimpi dengan bertanyakan kepada anaknya : “ Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi di dalam tidur bahawa aku (diperintah) menyembelih engkau maka bagaimanakah pandangan engkau ?”
Pertanyaan ini mengandungi makna bahawa disamping hendak melihat ketaatan anaknya dan keredhaan melaksanakan perintah ianya juga dapat dimaksudkan bahawa Ismail as telah membesar menjadi anak yang benar-benar memanfaatkan bapanya baik dalam hal agama juga dalam berkongsi masalah dan boleh memberi pandangan dan cadangan.
Lihatlah mengapa Allah swt menyifatkan “ Kemudian kami gembirakan dia dengan anak lelaki yang penyantun” (As-Shofat : 101). Apabila Ismail dengan rela dan kepatuhan serta redha menjawab kepada bapanya dengan kalimah yang teguh : “Sahut anaknya (Ismail) wahai bapaku hendaklah engkau memperbuat apa yang diperintahkan maka engkau akan mendapati aku dengan izin Allah termasuk seorang yang sabar” (As-Shofat : 102).
Kesabaran dalam melaksanakan perintah Allah ialah satu darjah kesabaran yang tinggi bahkan lebih dahsyat dari sabar menghadapi bencana dan dukacita kerana perintah Allah swt ternyata dalam keadaan-keadaan tertentu menjadi sangat rumit dan berat yang bukan hanya boeh ditabahi semata oleh hati sahaja sebaliknya memerlukan harga nyawa dan sebuah kehidupan untuk diserahkan.
Bersabar di atas bencana cukup kita menahan hati dari sebak dan pilu, berabar dari putus cinta cukup kita menahan air mata tetapi bersabar dalam menjalani perintah Allah swt memerlukan kita menyerah tubuh daging dan darah serta segala milik diri kepada Allah swt dan jalan perintah-Nya.
Kemudian apabila Allah swt menadapati ketaqwaan kedua rasul-Nya ini maka Allah swt membalas dengan membenarkan mereka dengan berfirman : “Lalu kami menyeru Dia (Ibrahim) : Wahai Ibrahim sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berbuat baik” (As-Shofat : 105).
Berkata Imam Ibn katsir ra bahawa dimaksudkan dengan membenarkan mimpi itu ialah telah engkau capai dan tunaikan maksud mimpi dan perintah kami (Allah) kepada engkau dan demikian kemudiannya Allah mengantikan bagi Ibrahim seketika itu juga seekor Kibasy yang disebut sebagai “dan kami tebusi anaknya itu dengan korban (sembelihan) yang agung” iaitu dimaksudkan ialah menjadi sunnah dan peringatan kisah ini sebagai satu ikutan dan teladan akan mengorbankan binatang pada syariat Islam.
Demikian kisah ini jelas menguji ketaqwaan apabila Allah swt sendiri membenarkan perkara ini sebagai cubaan apabila befirman : “ Sesungguhnya ini ialah sebuah bala (ujian) yang sangat nyata” ( As-Shofat : 106).
Mengorbankan anak kandung sendiri yang ketika waktu masih remaja dan muda serta demikian pula penyantun dan dapat memanfaatkan ibubapa sangat memberati sesiapa pun yang memiliki jiwa manusia. Namun ketaatan kepada Allah mengatasi segala-galanya dan pengorbanan dilakukan dan Allah menerima niat dan ketaatan ini dengan mengantikan sesuatu yang lebih baik dikorbankan dan kemudian menjadikan sebagai pensyariatan serta sunnah kepada mereka yang beriman.
“Dan kami tinggalkan bagi orang-orang yang kemudian akan (kisah) mereka berdua” (As-Shofat : 108).
Panduan Berhari Raya Menurut Sunnah
Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha ke musolla (tempat solat bukan masjid) dan seawal perkara yang dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan Muslim no. 889 dan lain-lain).
Sesungguhnya sunnah yang dilakukan oleh rasulullah ialah keluar dari rumah baginda lalu menuju ke kawasan yang telah ditetapkan untuk bersolat yang biasanya kawasan lapang seperti padang pasir dan lain-lain yang luas terbuka dan meninggalkan solat di dalam masjid baginda sekalipun solat di masjid baginda itu besar pahalanya seperti yang disebut dalam hadith baginda : “ Solat di masjid aku ini lebih utama dari seribu kali ganda solat di tempat selainnya kecuali masjid haram” (hadith sahih riwayat Bukhari no.1190 dan Muslim no. 1394).
Ini menunjukkan bahawa sekalipun besar pahala solat di masjid baginda (masjid nabawi di Madinah) namun baginda seumur hidupnya tetap memilih untuk solat di kawasan lapang apabila tibanya waktu menunaikan solat Aidhil Fitri atau Aidhil Adha maka ini menjadikan satu pensyariatan yang khas untuk menunaikan sunnah baginda ini.
Tujuan bersolat di tempat lapang dan bukannya masjid ialah supaya hanya wujud satu jemaah dan umat Islam dapat berkumpul bersatu di bawah bumbungan langit sambil menunaikan kalimah Allah swt di bawah ajaran sunnah baginda salallahualaihiwasalam.
“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai” (Ar-Rum 31-32).
Kecualilah apabila berada di masjidil haram bagi yang menyambut Aidhil Fitri atau Adha di Makkah kerana bersolat di Masjidil Haram lebih utama dari bersolat di musolla (tempat solat yang bukan masjid seperti kawasan lapang) kerana demikianlah perbuatan para salaf soleh (Al-Majmuk oleh An-Nawawi m/s 524 Jilid 5).
Sesungguhnya seperti apa yang sampai riwayat kepada kita daripada rasulullah bahawa sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra no. 170).
Disyariatkan mengangkat suara (meninggikan suara) dalam bertakbir sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat solat merupakan sesuatu yang disepakati oleh para imam yang empat walaubagaimanapun tidaklah disebut langsung dalam mana-mana riwayat bahkan ditentang oleh para ulama salaf apabila menjadikan takbir itu sebagai satu suara yang dilakukan secara serentak beramai-ramai dan beralunan lagu dan ianya dilarang. (lihat dalam kitab sahihah oleh Syeikh albani dan fatwa Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh bin baz ra dan lain-lain).
Perbuatan mengadakan takbir sebagai satu alunan dan lagu dan juga dilakukan secara serentak ialah bid’ah dan bukan sunnah ditambah lagi takbir yang dilaksanakan pada hari ini bukanlah dari riwayat yang sahih.
Adapun bacaan takbir yang sahih yang sampai kepada kita pada hari melalui riwayat yang sahih ialah :
Berdasarkan kepada riwayat Ibn Mas’ud ra :
الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Mas’ud ra seperti yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah ra dalam Musnadnya no. 168 Jilid 2.
Berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra pula :

الله اكبر و اجل الله اكبر على ما هدانا
Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Abbas ra dan dikeluarkan oleh Baihaqi no. 315 Jilid 3.
Manakala Salman ra bertakbir dengan menyebut :
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر كبيرا
Riwayat ini sahih isnadnya seperti yang dikeluarkan oleh Baihaqi no. 316 Jilid 3.
Adapun apa yang ditambah-tambah pada zaman ini yang kemudian dijadikan satu rutin takbir dan cara bertakbir yang berkumandang di masjid-masjid amatlah jauh dari perbuatan salaf dan tiada asal dari pertunjuk salaf dan tidaklah mempunyai apa-apa riwayat dari rasulullah baik sahabat mahu pun tabien seperti yang disebutkan oleh Hafidz Ibn hajar ra dalam kitabnya Fathul Bari m/s 536 Jilid 2 dengan menyebut : “ telah diadakan bacaan takbir itu pada zaman ini (zaman beliau) sedangkan ianya sesuatu yang tiada asal usul (bid’ah)…”.
Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para muslimah) supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang hamba mahupun yang haid dan kanak-kanak serta orang tua maka yang didatangi haidh tidaklah bersolat sebaliknya mendengar khutbah dan mendoakan para muslimin maka aku berkata kepada baginda : wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai jilbabnya maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890).
Demikianlah kesungguhan baginda ingin menegakkan sunnah supaya disuruh juga sekalipun yang tidak memiliki jilbab supaya dipinjamkan atau diberikan jilbab oleh saudara-saudaranya yang lain supaya wanita itu dapat keluar menyaksikan hari raya dan menikmati ganjaran pahala dan mendengar nasihat khutbah dan beraya bersama kaum muslimin.
Adapun umat Islam Malaysia pula sangat malang sudahlah kaum wanita jahiliyah ini tidak keluar pada waktu menunaikan solat dan sebaliknya duduk di rumah sahaja menonton televisyen sehingga setelah selesai solat dan selesai khutbah barulah mereka (kaum wanita Malaysia) akan keluar berhias-hias “tabarruj” cantik-cantik.
“Dan hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” ( Al-Ahzab: 33).
Sesungguhnya secara umum selain dari waktu yang diperintahkan dan disyariatkan mereka sewajarnya tidak berhias dan berada di rumah namun demikianlah terbalik masyarakat Islam apabila diperintahkan supaya keluar maka wanitanya tetap dirumah namun apabila dilarang keluar maka mereka beraksi rancak tidak sabar mempamerkan kecantikkan baju raya mereka ke khalayak ramai.
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)
Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya nabi salallahualaihiwasalam sewaktu hari raya akan menukar jalan (sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).
Daripada Abu Hurairah ra berkata : “sesungguhnya baginda nabi salallahualaihiwasalam sekiranya keluar pada hari raya maka baginda akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).
Orang ramai berusaha menyegerakan kembali dan pergi dengan melalui jalan yang sama kerana hal duniawi dan ini sangatlah dicela apabila hanya demi mengejar rancangan televisyen atau berkejar ke rumah kawan dan rakan atau bagi lelaki ke rumah perempuan idaman ini semua termasuk bahawa sesungguhnya puasa yang dilaksanakan hanyalah sebagai kewajipan bukan sebagai ketaqwaan.
Daripada Ali ibn Abi Tahlib ra yang berkata : “Sesungguhnya termasuk sunnah ialah keluar pada hari raya dengan berjalan kaki” (Hadith hasan riwayat Tirmidzi).
Juga dari riwayat Ibn Umar ra yang menyebut : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari raya degan berjalan dan pulang dengan berjalan” (hadith sahih riwayat Ibn Majah).
Walaubagaimana pun sekiranya tempat solat itu sangatlah jauh maka tidaklah mengapa jika menaiki kenderaan dan Islam ini bukanlah menyusahkan sebaliknya memudahkan.
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).
Sebaliknya sunnah pula janganlah ditinggalkan bahkan diamalkan jika berkemampuan untuk melaksanakannya dan keletihan dan kemalasan bukanlah alasan dan hujah yang sesuai dan wajar untuk meninggalkan sunnah apatah lagi Allah swt juga pernah berfirman :
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).
Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).
Daripada Ibn Abbas ra dan Jabir ra yang berkata : “Tiada diadakan azan pada hari Aidhil Fitri dan hari Adha” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 970 dan Muslim no. 886).
Juga berkata Jabir ibn Samrah ra bahawa beliau telah solat hari raya bersama rasulullah berkali-kali dan semuanya tanpa azan dan iqamah (hadith sahih riwayat Muslim no. 887 dan Abu Daud dan Tirmidzi).
Berkata Ibn Qayyim ra bahawa sunnah ialah tidak mengadakan seruan azan dan iqamah dan juga tiada mengadakan apa-apa seruan.
Wallahualam.
"Selamat Hari Raya Aidhil Adha"
dr : Ustaz Emran Sekeluarga.