Perjuangan Islam bukanlah dengan jalan demokrasi dan adapun hukum demokrasi dan sistem kuffar telah kita terangkan dalam perbincangan-perbincangan yang lalu.
Pas sebelum mengatakan hukum demokrasi ialah harus untuk mereka dalam melaksanakan perjuangan Islam sewajarnya telah pun sekurang-kurangnya melakukan sesuatu yang bernama “perjuangan Islam”.
Apakah perjuangan Islam ?
Perjuangan Islam ialah memikul dakwah dan melaksanakan tuntutan kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah di atas muka bumi dengan menurut panduan dan pertunjuk dari kitab dan sunnah seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah.” (Al Maidah : 49).
Perjuangan Islam ialah melaksanakan Islam menurut kehendak Allah swt dan diketahui akan apa yang dikehendaki oleh rabbul alamin ialah melalui dari kalam-Nya sendiri di dalam Al-Qur’an dan penerangan dari rasul-Nya Muhammad salalahualaihiwasalam.
Apakah dakwah dan seruan yang dibawa oleh rasulullah ?
Dakwah dan seruan rasulullah ialah tauhid dan aqidah yang sahih dan membersihkan manusia dari kejahilan dan kesesatan serta kezaliman kepada keadilan dan keilmuan serta menjadikan semua manusia menetap diri di atas kehidupan yang menuruti kehendak Allah swt.
Permulaan dakwah rasulullah ialah menyeru manusia kepada tauhid kepada Allah dan membebaskan manusia dari syirik dan kezaliman.
Membimbing manusia kepada ibadah yang sahih dan mengajarkan manusia ibadah dan kaedah mendekat diri kepada Allah swt yang sahih dan yang menepati kehendak Allah swt.
Menegakkan keadilan dan memenuhi hak-hak manusia dan mengembalikan kehidupan manusia kepada fitrah yang asal yang ditetapkan oleh Allah swt supaya mencapai kedamaian dan kesejahteraan.
Memerangi dan menghancurkan musuh-musuh Allah dan golongan yang menjadi penghalang kepada tertegaknya Islam dan menghapuskan sesuatu yang menyalahi kehendak Allah swt yang diketahui dengan penjelasan Allah di kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah serta apa yang diketahui oleh sahabat ra dari ilmu yang diajarkan oleh rasulullah kepada mereka.
Pembinaan Negara Islam Madinah
Penubuhan Negara Islam Madinah ialah hasil daripada dakwah menegakkan aqidah dan tauhid yang sahih serta bukanlah menjadi matlamat utama perjuangan Islam menegakkan Negara Islam atau khilafah sebaliknya menjadi kewajipan menegakkan Negara Islam hanyalah setelah tertegaknya aqidah yang sahih.
Ini disebabkan peranan utama Negara Islam ialah untuk membela Islam yang sudah ditegakkan dan dibangunkan bukan untuk menjadi batu asas perjuangan Islam tetapi menjadi perlindung dan benteng perjuangan Islam.
Diriwayatkan dari baginda rasulullah pernah bersabda : “Pastinya akan berlaku Islam ini diruntuhkan sedikit demi sedikit dan setiap kali Islam itu diruntuhkan maka manusia akan beralih kepada apa yang berikutnya dan yang paling awal diruntuhkan ialah pemerintahan dan yang paling akhir ialah solat” ( hadith sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya).
Dimaksudkan dengan hadith di atas ialah pemerintahan Islam akan menjadi perkara yang paling awal diruntuhkan sekaligus menjadi saksi dan bukti bahawa apabila telah runtuh pemerintahan Islam dan kerajaan Islam maka setiap hal agama akan berada dalam keadaan tidak terpelihara sehingga akhirnya ikut runtuh dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh kejahilan.
Peranan Negara Islam
Tujuan dibina Negara Islam hanyalah untuk menjaga dan membela aqidah yang sahih dan menaungi perjuangan dakwah tauhid kepada Allah swt seperti yang dibawa oleh rasulullah.
Manakala peranan lain Negara Islam ialah :
Membela umat Islam dan mempertahankan umat Islam dalam menegakkan syariat Allah swt
Menegakkan syariat Allah seperti yang diperintahkan oleh Allah swt.
Mengawal manusia dan memandu mereka menuju fitrah yang ditetapkan oleh Allah swt dan menjalani kehidupan menurut kehendak Allah swt.
Menghapuskan musuh-musuh Allah dan memerangi golongan yang engkar dan yang menentang kehendak Allah swt.
Menegakkan keadilan dan kesejahteraan di antara sesama manusia dan memenuhi hak dan kewajipan masing- masing.
Bolehkah menegakkan Negara Islam dahulu sebelum memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih ?
Hal ini ialah sesuatu hal yang bid’ah (perkara baru dalam agama) yang dimulakan oleh para pemikir Islam dan menyalahi sunnah dan pertunjuk salaf soleh.
Adapun pertunjuk salaf soleh ialah memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih terlebih dahulu dan setelah tertegak aqidah yang sahih maka barulah ditubuhkan Negara Islam dan perjuangan membina Negara dimulakan bagi membela isi-isi dakwah yang telah diperjuangkan.
Bagaimana cara yang perlu dilakukan oleh Pas sekarang ?
Hendaklah Pas meninggalkan demokrasi dan melupakan persoalan politik dan keghairahan membina Negara Islam tetapi menumpukan kepada tarbiyah dan penerapan kefahaman Islam yang sahih terlebih dahulu.
Perlulah Pas mempelajari dan mengkaji aqidah yang sahih dan kefahaman Islam yang sahih serta perjuangan tauhid rasulullah dan tokoh-tokoh salaf soleh dan kemudian menerapkan kefahaman asasi dan perjuangan tauhid ini kepada ahli-ahlinya.
Memahamkan ahli terhadap kitab dan sunnah melalui kefahaman yang sahih yang dipegang oleh rasulullah dan para sahabat radiallahuanhum.
Menapis ahli-ahli yang masih sesat dan jahil dan mencegah mereka dari bersama PAS dan dari memperjuangkan Islam bersama Pas kerana dikhuatiri merosakkan dan menimbulkan fitnah kepada Islam.
Memerangi kefahaman sesat dan golongan ahli bid’ah dan memusnahkan khurafat, bid’ah dan kejahilan di kalangan umat Islam serta menghancurkan kekuatan ahli bid’ah daripada terus menyebarkan bid’ah mereka.
Setelah Pas memiliki ahli-ahli yang semuanya sahih aqidah dan benar kefahaman Islam mereka maka golongan ini disebut sebagai pejuang agama Islam dan termasuk dikalangan golongan yang berhak mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah swt.
Maka golongan inilah yang berhak menjadi pembela agama Islam dan berhak untuk menjadi penguasa di bumi Allah dan memikul tanggungjawab menegakkan syariat Allah serta berperanan sebagai pembela agama Allah di muka bumi ini.
Menegakkan kekuasaan Islam di muka bumi
Golongan yang teguh dan tetap di atas kitab dan sunnah yang telah dihasilkan oleh Pas melalui tarbiyah yang panjang dan dakwah salaf soleh menurut kefahaman yang sejati yang dibawa oleh para sahabat dan tabien inilah yang akhirnya akan menjadi golongan yang berhak menjadi penguasa di muka bumi dan berhak menjalankan amanah perjuangan Islam dan menegakkan syariat Allah swt.
Apabila telah tertegak dan terbina kumpulan umat Islam yang mentaati dan menetap diri di atas sunnah ini maka mereka berhak mengadakan islah dan perubahan di dalam masyarakat melalui tarbiyah dan didikan kepada masyarakat supaya menerima kefahaman Islam yang sahih.
Setelah menyampaikan dakwah dan kefahaman yang sahih kepada masyarakat dan memiliki kekuatan untuk membina Negara dan pemerintahan Islam maka mereka dibolehkan untuk bangkit melawan kepimpinan taghut yang menyalahi hukum-hukum Allah swt.
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am 116).
Golongan yang telah dibina oleh Pas ini melalui kefahaman yang sahih boleh dan harus disisi syarak berperang dan memerangi kepimpinan taghut yang mengadakan kerosakan di muka bumi dan kemudian menjatuhkan kepimpinan bathil ini lalu menegakkan kepimpinan Islam yang sahih sekalipun harus melalui peperangan dan pengorbanan darah.
Sekiranya keadaan mereka sedikit dan dikalahkan sebelum sempat membina dan menghimpunkan kekuatan maka mereka dibolehkan untuk mempetahankan diri dengan mengadakan peperangan membela diri dari serangan atau menjadi pihak yang ditewaskan dan dibunuh tanpa perlu bimbang dan gentar kerana Allah swt pasti akan membangkitkan penganti dan penganti kepada generasi yang telah terbunuh dan dibunuh di atas kebenaran dan mengikuti jejak langkah mereka dengan diberi pertolongan dan hidayah dari Allah swt.
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari hadith Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :“Diperlihatkan kepadaku keadaan umat-umat. Aku melihat seorang Nabi bersama beberapa pengikutnya juga seorang Nabi bersama seorang lelaki dan dua orang lelaki. Dan ada juga seorang Nabi yang tidak bersama seorang pun juga.”
Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengkategorikan tertipu dengan jumlah yang banyak ini termasuk dalam salah satu kaedah jahiliyah.
Beliau mengatakan :“Sesungguhnya termasuk dari kaedah orang-orang jahiliyah adalah tertipu dengan jumlah yang banyak dan mereka berdalil dengan jumlah terbanyak tadi untuk menunjukkan sahnya sesuatu dan mereka juga berdalil untuk menunjukkan bathilnya sesuatu dengan jumlahnya yang sedikit dan aneh.” (Masaa’il Jaahiliyah, masalah nombor 5).
Adapun golongan pengikut PAS yang masih jahil sekarang, masyarakat yang masih jauh dari pertunjuk kitab dan sunnah, markaz-markaz sufi dan ajaran sesat yang masih teguh berdiri menyebarkan kebathilan serta bersembunyi disebalik pengikut-pengikut Pas maka mereka ini tidak layak membawa perjuangan Islam dan tidak berhak menegakkan Negara Islam.
“Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka tidak sama.” (As Sajdah : 18).
Wala tidak boleh diberikan kepada mereka dan kesetiaan serta ketaatan tidak wajar diserahkan kepada mereka dalam membawa perjuangan Islam.
Apapun tidak salah membantu PAS dan perjuangannya yang berbentuk sampingan dan furu serta cabang yang mempunyai kebaikan dan benar di sisi syarak seperti membantu Pas dalam mengadakan dakwah di kalangan pemuda, mengajarkan agama kepada ahli Pas, mengikut berceramah di pentas Pas bagi membantu memberi penerangan kepada ahli Pas akan kefahaman Islam yang sebenar dan lain-lain selama tidak melibatkan soal dasar Pas dan tidak menerima FIKRAH dan kefahaman PAS .
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).
Dipetik daripada laman http://www.taqwahakiki.blogspot.com/
Oleh : -Abu Abdullah-

No comments:
Post a Comment