Saturday, April 15, 2006

Mengaku Ustaz Kemudian Boleh Merogol Anak ?

Lelaki akui rogol anak
Ustaz tipu isteri dengan salah tafsir ayat suci al-Quran

Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda : “Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

SINGAPURA: Seorang bapa yang memiliki 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam daripada 33 anak perempuannya yang berusia 12 hingga 15 tahun sehingga menyebabkan dua daripada mereka hamil, lapor Berita Harian, semalam.Lelaki berusia 45 tahun yang tidak disiarkan namanya dan menggelar dirinya ustaz melakukan kesalahan berkenaan antara Disember 2003 hingga Jun 2005 di salah satu daripada tiga flat milik lelaki itu dan keluarganya.Beliau menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 lagi sedang dipertimbangkan.Hakim Mahkamah Tinggi, Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Eugene Lee, supaya perbicaraan dilakukan secara tertutup memandangkan mangsa tidak hadir di mahkamah untuk memberi keterangan.Tertuduh yang berbadan kecil dan beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan terhadapnya.Dia yang dikatakan boleh mentafsir Al-Quran serta fasih berbahasa Arab, berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa seorang bapa mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya.Malah, kesemua isterinya itu turut membantu memujuk dan memaksa anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh kepada bapa mereka.Walaupun anak yang menjadi mangsa mengadu kesakitan dan menangis selepas dirogol, isteri-isteri terbabit hanya memeluk serta memuji anak berkenaan kerana melakukan ‘pengorbanan’ dan perbuatan lelaki itu tidak mendapat bantahan kerana seluruh ahli keluarga menghormatinya sebagai ketua keluarga dan 'guru agama' mereka.Rahsia lelaki itu terbongkar selepas salah seorang anaknya membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu serta mengadu mengenai perlakuan bapanya itu kepada seorang rakan.Dalam rayuan tertuduh, peguam bela, Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan serta mengelak anaknya daripada bergaul dengan lelaki.“Dia berpendapat jika dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki lain,” katanya.Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunnah kepada Syiah sekitar 1988.Dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.Hakim menetapkan Selasa depan untuk menjatuhkan hukuman tetapi membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara. – Agensi


Sila baca artikel ini dari Berita Harian dan juga Utusan Malaysia



P/s :
Saya (Ustaz emran) tidak ada apa-apa mahu komen pasal hukum kerana semua sudah tahu dan ramai orang sudah jelas akan hal ini. Cumanya merasa hairan bagaimana isteri-isteri lelaki ahli bid'ah ini turut bersubahat membiarkan anak-anak gadis mereka dirosakkan oleh si bapa.

Satu hal yang memalukan bagi mereka yang bergelar ustaz, juga ahli agama selepas ini tidak lagi boleh dipercayakan. Apapun saya sendiri (ustaz emran) tidak merasa apa-apa kerana orang kadangkala memanggil saya encik emran, ada yang memanggil saya aku dan engkau dan ada yang mengatakan saya ni wahabi.

Jadi apabila imej ustaz diburukkan saya tidak terasa sangat cuma sedih apabila orang yang berhak digelar ustaz tidak dipanggil ustaz tetapi mereka yang jahil dan bodoh serta tidak layak dipanggil ustaz pula diangkat dan diberi gelar ustaz.

“Apakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu ?” (Az-Zumar : 9).


Kenapalah ada perempuan sampai sepuluh orang sanggup jadi isteri kepada lelaki bodoh dan jahil ini ? Sedangkan ustaz emran lebih baik, err mungkin saya tidaklah sepower macam lelaki itu sampai 66 orang anak tetapi kalau setakat 30 orang mungkin ana masih mampu.

Fasih berbahasa arab itu saya mungkinlah tersenarai,boleh mentafsir Al-Qur'an sesuka hati macam lelaki tadi itu saya mohon perlindungan dari Allah swt kerana boleh jatuh kufur jika memang berniat menyesatkan orang demi kepentingan hawa nafsu.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)" (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

Daripada Ibn Mas’ud ra berkata : “Bagaimana keadaan kamu nantinya apabila fitnah menyeliputi kamu mendidik anak-anak kecil dan menyelubungi orang tua dan manusia mengambil bid’ah seagai sunnah dan menyebar dikalangan manusia dan sekiranya kamu berusaha hendak mengubahnya maka dikatakan kamu mahu mengubah sunnah (yang hakikatnya ialah bid’ah) maka ditanya bilakah terjadinya demikian wahai Aba Abd Rahman ? Lalu dijawab : Apabila bercambahnya golongan pembaca Al-Qur’an dikalangan kamu dan sikitnya pula fuqaha (orang yang alim) dan para pembesar kamu sibuk menghimpun harta dan sedikitnya orang yang amanah dan menjual akhirat untuk dunia dan menjadi alim bukan untuk beramal” (riwayat Darimi, Abd Razak, Hakim dan Baihaqi dan lain-lain).

Saya (Ustaz emran) dengan ini memesan kepada para wanita Islam carilah suami dari kalangan lelaki yang benar-benar sahih kefahaman agamanya dan jauhilah dari mengambil ahli bid'ah dan lelaki beragama tetapi berfaham sesat dan menyimpang dari kitab dan sunnah.

Membaca artikel ini menyakitkan hati saya, dia (si lelaki bid'ah) ini sudah memiliki isteri 10 orang dan anak 66 orang sedangkan saya baru sahaja memiliki seekor burung yang baru saya lepaskan minggu lalu setelah merawat kakinya yang cedera dan 66 keping CD kartun Anime Jepun yang terdiri dari Naruto dan One Piece.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt nikmat kebenaran itu lebih aku redhai dari perempuan yang buruk akhlak dan peribadinya bagai sampah.

2 comments:

Ibn Hussin said...

"66 keping CD kartun Anime Jepun yang terdiri dari Naruto dan One Piece"

Aduh, semenjak mendekatkan diri dengan 'Ilmu agama ni, saya sudah tinggalkan anime Jepun (saya miliki lebih banyak VCD/DVD anime drp Ustaz). Tapi ustaz macam menyemarakkan semangat saya semula nih.. he.. he..

nabiela said...

Just nak comment dgn perkara yg berkaitan dgn bidang saya...

Beranak ramai mmg digalakkan, namun kesihatan dan ke ' well being' isteri dan ibu perlu dijaga.

kalau beranak ramai dari isteri yg ramai (maksimum 4 ) mungkin no hal, namun kalau beranak ramai dari seorang isteri mungkin masalah ( maksud saya di sini beranak ramai ramai itu - seorang ibu give birth to more than 12-15 children)

Saya bukannya mengharamkan ibu2 melahirkan anak lebih dari 15 org, cuma, berdasarkan kajian pakar perubatan, wanita yg sudah bersalin lebih daripada 8-10 org anak, ibu yg mengandung dan bersalin mudah untuk menadapat complication / kesan mengandung dan bersalin yg amat2 berisiko tinggi (sehingga menggadaikan nyawa).
contohnya - ruptured uterus, prone to get hypertension dan diabetes during pregancy yg akan membawa terlalu banyk masalah ( sebenarnya banyak lagi complications - dapat rujuk dalam website2 kesihatan sakit puan) selain itu ibu yg beranak terlalu ramai juga berisiko agak tinggi mendapat kanser sakit puan, yg akhirnya akan menganggu hubungan dgn suami dan menghalang si ibu menjalankan tanggungjawab dgn baik terhadap suami dan anak2.

Selain itu, jarak antara mengandung juga perlu dititik beratkan. Kerana physiology badan si ibu perlu kembali kepada keadaan normal sebelum beliau mengandung sekali lagi, untuk memastikan anak dalam kandungan seterusnya sihat, dan anak yg baru lahir dapat diberi kasih sayang secukupnya dan dapat membesar dgn baik.

kesimpulannya, wanita juga manusia, bukannya kilang menghasilkan anak.
(Kilang - hanya hasilkan dan jual). Ibu - melahirkan, menyusu, memjaga, mendidik, mengasuh...
Ibu.... tanggungjawab utama pada anak ialah mendidik dan mengasuh bukannya sekadar 'memproduce'

wallahua'lam..

medical student - kuantan .