Berkata Imam Ibn Abdil Bar ra dan lain-lain dari para ulama bahawa para muqalid (golongan yang bertaqlid seperti kebanyakkan orang pondok dan yang seketurunan dengannya) tidaklah dikira dan tidaklah dianggap sebagai ahli ilmu atau golongan berilmu kerana ilmu itu ialah mengetahui kebenaran dengan dalil dan demikianlah para ulama itu menjauhi taqlid iaitu tidak menerima sesuatu pendapat tanpa dalil dan tidaklah layak disebut ulama pada mereka yang bertaqlid (lihat I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 13 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis).
Bahkan perbuatan bertaqlid itu ialah perbuatan jahiliyyah yang bersumber dari sikap degil dan jahil seperti firman Allah swt yang menerangkan perihal mereka.
“ Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami (yang terdahulu) pada sesuatu amalan (agama) dan kami pun menuruti peninggalan-peninggalan mereka” (Az-Zukhruf : 22).
Pada hari ini kebanyakkan penjawat agama yang berfungsi sebagai pemberi fatwa dan hukum hakam agama sangatlah jelas kedangkalan mereka dalam ilmu syariat khasnya berkait dalil seperti nusus Al-Qur’an dan hadith iaitu sunnah rasulullah. Berkata Ibn Hani ra yang pernah bertanyakan Imam Ahmad ra tentang masalah fatwa lalu dijelaskan oleh Imam Ahmad ra bahawa cukup menjadi dosa bagi yang memberikan fatwa apabila berfatwa dengan sesuatu hadith dan dirinya tidak tahu menahu asal usul sesuatu hadith itu.
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).
Kerana itulah pada kitab Al-Faqih Wal Mutafaqih oleh Imam Khatib al-Baghdadi ra menyebutkan bahawa Imam Syafie ra pernah menyebut : Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadith seperti mana perlunya dia menguasai Al-Qur’an, mahir bahasa arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan (lihat Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 45 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis).

Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).
Diriwayatkan dari Qatadah ra : "Barangsiapa yang tidak mengetahui perkara khilaf, tidaklah sampai melepasi ilmu fiqh dari hidungnya (maksudnya belumlah mahir)".
Juga terdapat dalam riwayat dari Usman Ibn Atho ra mengatakan " Tidak patut bagi seseorang berfatwa melainkan setelah dia mengetahui tentang perkara yang diperselisihkan (khilaf) oleh orang lain" (Sila rujuk Ibn. Abd Bar' dalam " Jami' Bayan Ulum").
Permasalahan hari ini masyarakat Melayu berdepan dengan kejahilan melampaui batasan apabila para agamawan Melayu tidak mampu terselamat antara taqlid dan berfatwa tanpa ilmu. Mereka lemah keilmuan dan kemampuan mendalami nusus dan dalil hujah sehingga bertaqlid dan mengakibatkan mereka terjatuh dalam ta’asub dan kesusahan mencari kebenaran.
Kemudian dalam kelemahan dan kejahilan itu mereka tidak pula menjaga mulut dan tangan dari berfatwa dan berceramah tanpa ilmu sehingga menyesatkan orang lain.
"Mereka dalam kesesatan tanpa keyakinan namun hanya sekadar persangkaan dusta dan perkiraan yang bathil belaka. ‘Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).’” (Al An’am : 116)
Pada hari ini menjadi pejuang agama Allah meletihkan, cukuplah kita terpaksa berdepan dengan kebuntuan dalam kejahilan agama kemudian ditambah kemunduran umat Islam dalam urusan keduniaan, pemikiran yang terjajah, minda yang tidak terbuka, sistem sosial yang semak oleh hedonisme, materialistik, kemasyarakatan yang rosak dan entahlah pelbagai lagi.
Ana semalam terkedu apabila seorang muslimat arab yang cantik dan berbulu mata lebat menawar tubuh pada ana dengan harga murah di jalanan di ibukota San’a. Rasanya ini bukan ada kena mengena salah mana-mana ilmuan agama atau persoalan baik jahil atau taqlid.
Dua hari lepas dihubungi oleh seorang muslimat dari Malaysia, meminta nasihat dari ana bagaimana harus dibuat kerana dia melarikan diri dari rumah untuk berkahwin dengan kekasih pilihan hati dan katanya ibubapa tidak bersetuju kahwin semasa belajar kerana belum ada pekerjaan dan perempuan ini bertanya mana lebih baik apakah dia harus berzina sahaja atau bernikah semasa belajar.
Ini pun tiada kait dengan ilmu hadith dan sunnah atau bid’ah tetapi masalah masyarakat dan gejala sosial, kerosakkan akhlak dan remaja muslim tersepit antara menjaga agama atau dunia seperti pelajaran duniawi (exam oriental).
Kemudian melihat pula khabar dari mahasiswa Universiti yang masih tak habis-habis dengan hak pelajar, hak itu dan ini dan tak ubah macam parti politik agaknya mereka patut berhenti belajar dan masuk politik sahaja. Agaknya jemaah-jemaah di kampus masih hidup lagi menanam akar karut-marut parti dan jemaah mereka.
Kerajaan pula semakin hari seolah tidak sedar pelbagai masalah dan keserabutan yang dialami masyarakat entahlah dimanakah tumpuan kerajaan ? apa kerja buat kerajaan kepada masyarakat seolah langsung tiada peranan yang nyatanya masyarakat muslim Melayu tenat dalam segala hal baik agama, politik, ekonomi dan keilmuan intelek.
Mahasiswa Cina sibuk belajar mengkaji dan mengaji
Mahasiswa Melayu sibuk berdemonstrasi dan berharaki
Mahasiswa Cina sibuk bermentela’ah
Mahasiswa Melayu sibuk berjemaah dan berceramah
Mahasiswa Cina sibuk menguji dan mencari realiti
Mahasiswa Melayu sibuk bermimpi dan mencaci
Mahasiswa Cina sibuk meningkatkan kualiti diri
Mahasiswa Melayu sibuk mencari kesalahan sesama sendiri
Mahasiswa Cina berjaya dalam pelajaran
Mahasiswa Melayu berjaya mengalahkan calon aspirasi kerajaan
Kita bukan nasioanalis
Kerana UMNO itu parti kebangsaan maka kita menolak “Asobiyah” kebangsaan moga Allah beri perlindungan dari menerima faham nasionalis.
Kita Muslim
Agama Islam menjadikan kita bersaudara walau buruk-buruk UMNO itu dan tak reti nak pakai serban asyik dengan kopiah hitam legam tapi itu saudara kita
Kita Muslim
Caci maki bukan kerja kita
Cari pasal dan buruk orang bukan prinsip kita
Tugas muslim ialah membantu sesama Muslim
Pimpin tangan rungkai ketegangan
Ajari Umno dan ahlinya erti syariat Islam dengan hikmah dan kebaikan
Bukan cacian dan penghinaan
Bukan pula buat jemaah kemudian tak pasal-pasal wajibkan jemaah kita pada orang
Amboi syurga milik Presiden parti kitakah ?
Al-Qur’an dan sunnah untuk semua
Rahim dan Rahman sifat Allah kepada kita semua
Supaya kita bersatu dan jangan berpecah dalam agama
Hukum agama boleh ditangguhkan
Tapi aqidah dan kesatuan itu yang perlu ditegakkan
Daulah dan Negara Islam boleh di bina kemudian
Tapi Aqidah sahih dan Kesatuan ukhuwah itu yang pertama di dahulukan
Memanglah Nabi memerintahkan dijalankan hudud
Tak benar dibiar berlalu hari tanpa ditegakkan terlebih dahulu hukum Allah tapi bukankah itu setelah tertegaknya daulah
Dan itu pun zaman Madaniyah setelah Hijrah
Adapun sebelumnya telah pun ditegakkan Aqidah sahihah
Ukhuwah Islamiyah dan Umat Islam bersatu pula
Nabi saudarakan Muhajirin dan Ansor sebelum jalankan Hudud
Tapi Kini ?
Aqidah Asya’irah bukanlah aqidah sahihah
Fekah agama celaru pula
Pejuang Negara Islam Cuma nama sahaja
Ilmu tiada aqidah pun entah apa
Ini umat Islam pecah sana sini semua mengaku sahih sendiri-sendiri
Tafsir melulu tanpa dalil
Hadith dhaif dan palsu reka banyak sekali
Kemudian mengaku layak sudah untuk bina Negara Islam
Agaknya nak suruh orang ikut Islam cara “pemikiran fikrah” dia dan jemaah dia
Mana jadi lagutu
Kenalah usaha dalami ilmu dulu
Sabarlah kerana itu amalan para nabi dan rasul
Lapangkan dada bersatu umat Islam atas kitab Allah dan sunnah rasulullah
Kita bukan mana-mana kumpulan
Kitab bukan mana-mana jemaah atau parti
Kita muslim bersaudara semua
Islam itu sudah satu jemaah tanpa perlu isytihar dan didaftar
Cuma jahil sahaja membuatkan kita tak sedar
Selama ini kita menzalimi saudara seagama
Selama ini kita menzalimi agama
Selama ini kita menzalimi diri kita semua
1 comment:
heh akhi.. tulisan enta tak berubah langsung... enjoy reading your writing coz it reminds me about your writing :D
-ibn morhalim, USA-
Post a Comment