Syeikh Abd
Rahman Nasir al-Sa'di (wafat 1376 H) menyebutkan dalam tafsir beliau
tentang sikap berhati-hati memilih perkataan sebagaimana yang diajarkan
oleh Allah SWT dalam firman-Nya;
إِذْ قَالَ لأبِيهِ يَا أَبَتِ
لِمَ تَعْبُدُ مَا لا يَسْمَعُ وَلا يُبْصِرُ وَلا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا
(٤٢)يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ
فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا (٤٣)
"(Ingatlah) ketika dia (Ibrahim) berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku!
Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat,
dan tidak dapat menolongmu sedikit pun. Wahai ayahku! Sesungguhnya telah
sampai kepadaku sebahagian ilmu yang tidak diberikan kepadamu, maka
ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus."
(Maryam : 42-43)
# Menurut Syeikh As-Sa'di, lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim alaihi salam berbicara kepada ayahnya dengan memilih perkataan yang sungguh bijaksana dan berhati-hati. Baginda tidak mengatakan wahai ayahku sesungguhnya kamu adalah jahil, sebaliknya baginda mengatakan;
قَدۡ جَآءَنِى مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ
"Sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu yang belum datang (tidak diberikan) kepada kamu."
Maksudnya adalah sama, iaitu kamu tidak tahu tentang apa yang aku tahu, pendek kata ialah jahil.
Namun pemilihan perkataan yamg bijaksana itu menjadikan hati manusia lebih lembut untuk menerima kebenaran yang hendak disampaikan!