Wednesday, February 27, 2013

Mengenal menantu Rasulullah Salallahualaihiwassalam


1. أبي العاص بن الربيع Abu’l-‘Aas ibn al-Rabee’ RA, menantu sulung baginda SAW yang mengahwini anak perempuan yang paling tua iaitu Zainab RA. Masuk Islam sebelum perjanjian Hudaibiyyah. 


2. عثمان بن عفان Uthman ibn ‘Affaan RA, suami kepada dua anak perempuan Rasulullah SAW. Pertama beliau menikahi Ruqayyah RA, kemudian Ruqaiyyah meninggal dunia di Madinah semasa berlaku peperangan Badar. Setelah itu Baginda SAW menikahkan Uthman RA dengan anak perempuan baginda SAW yang seterusnya bernama Umm Kalthoom RA. 


3. علي بن أبي طالب Ali bin Abi Taalib RA, suami kepada anak perempuan bongsu baginda SAW iaitu Fatimah RA. Mereka bernikah pada tahun ke 2, Hijrah di Madinah. Fatimah wafat selepas 6 bulan kewafatan rasulullah salallahualaihiwassalam. 


Ada dua orang menantu Rasulullah yang pernah menikahi anak gadisnya tetapi tidak sempat bersama iaitu Utbah ibn Abi Lahab dan Utaybah ibn Abi Lahab, (kedua-duanya anak Abu Lahab) masing-masing menceraikan anak perempuan rasulullah SAW setelah turunnya surah al-Masad. 


-------------------------


Ciri-ciri Abu’l-‘Aas ibn al-Rabee’ RA ialah seorang yang jujur lagi ikhlas. Uthman RA pula ialah sopan, penyayang serta dermawan manakala Ali RA ialah pemberani dan berilmu. Inilah ketokohan yang patut dicari oleh para ibubapa pada calon menantu mereka !

1 comment:

Unknown said...

jazakallah atas perkongsian..