Monday, August 06, 2012

Kitab-kitab pelembut hati karya ulama sunnah

Hati jika lalai dari mengingati Allah dan hari akhirat maka ia akan menjadi keras dan membeku oleh kerana kenikmatan dunia. Oleh yang demikian para ulama ada menulis dan menghimpunkan bab الرقائق al-raqaa’iq (pelembut hati) termasuk Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab hadith mereka.

Walaubagaimanapun tidak ada kitab yang lebih baik daripada Al-Quran untuk melembutkan hati manusia kerana Allah SWT telah berfirman : [يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ] "Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu peringatan dari tuhanMu yang memberi penyembuh bagi apa yang ada di dalam hati dan pertunjuk." (Yunus :57)

Adapun kitab yang ada berkenaan hati dan membicarakan perihal penyucian jiwa itu banyak ditulis oleh para ulama' Islam berpandukan kepada Al-Quran dan As-sunnah serta disusun dalam bentuk yang memudahkan pembaca mencari panduan dan rujukan. 

Berikut ialah antara contoh senarai kitab tazkiyah atau pelembut hati yang boleh dibaca untuk mendapatkan manfaat ilmu dan menambah kekuatan iman di dalam hati. 

1. Al-Bahr al-Raa’iq fi al-Zuhd wa’l-Raqaa’iq oleh Ahmad Fareed 

2. Al-Zuhd wa’l-Raqaa’iq Oleh ‘Abd-Allaah ibn al-Mubaarak,

3. Al-Fawaa’id wa’l-Zuhd wa’l-Raqaa’iq wa’l-Maraathi oleh Ja’far ibn Muhammad ibn Nusayr al-Khaldi,

4. Maw’izah al-Mu’mineen min Ihya’ ‘Uloom al-Deen oleh Muhammad Jamaal al-Deen al-Qaasimi 

5. Madaarij al-Saalikeen ,oleh Ibn al-Qayyim. 

6. Al-Jawaab al-Kaafi , oleh Ibn al-Qayyim.

7. Tareeq al-Hijratayn wa Baab al-Sa’aadatayn , oleh Ibn al-Qayyim.

8.  Lataa’if al-Ma’aarif oleh Ibn Rajab. 

9. Muqtatafaat min al-Mawaa’iz wa’l-Adab oleh ‘Ali Saalim Aal Haarith. 

10. Al-Ta’leeq ‘ala Manzoomah fi’l-Sayr ila Allaah wa’l-Daar il-Aakhirah Oleh Shaykh ‘Abd al-Rahmaan al-Sa’di. 

11.Tazkiyat al-Nafs Oleh Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah

12. Al-Sirr al-Maknoon fi Riqqah al-Quloob wa Dam’ al-‘Ayoon oleh ‘Abd al-Kareem al-Deewaan, Dar al-Muslim. 

13. Mawaarid al-Zam’aan li Duroos al-Zamaan oleh ‘Abd al-‘Azeez al-Salmaan. 

14. Al-Tadhkirah fi Ahwaal al-Mawta wa Umoor al-Aakhirah oleh Abu ‘Abd-Allaah al-Qurtubi al-Mufassir, 

15. Ahwaal al-Qiyaamah oleh ‘Abd al-Malik Kulayb 

16. Al-Qabr wa ‘Adhaabuhu wa Na’eemuhu oleh Husayn al-‘Awayishah

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.

No comments: