Monday, October 17, 2011

Ada apa dengan sekeping ijazah ?


Setiap tahun ramai anak-anak muda sekitar usia awal dua puluhan di seluruh universiti tanahair akan melambung topi graduan mereka sebagai tanda gembira kerana lulus daripada universiti dan mendapat ijazah. Topi petak hitam yang ditiru dari budaya barat itu berasal dari pemakaian paderi di gereja Katolik Rom yang memakai biretta.

Namun itu bukanlah isunya yang hendak dibincangkan di sini tetapi amalan pengajian umat Islam yang berasaskan sijil itu yang sepatutnya menjadi persoalan.

Ramai ibubapa akan menangis dan tersedu-sedan dengan kejayaan anak-anak mereka merangkul sekeping kertas dan mereka pun berkata inilah waktu yang paling gembira dalam hidup mereka iaitu kerana mendapat kertas pengiktirafan daripada universiti yang terkemuka yang menyatakan bahawa anak mereka mulai dari saat ini telah bergelar graduan dan lulus sebagai pelajar dan layak mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai bidang ditawarkan di universiti dengan harga bayaran tertentu lalu orang ramai pun boleh melanjutkan pelajaran dan kemudian diberikan sekeping kertas sebagai tanda pengesahan bahawa anda telah selesai belajar.

Nilai sebuah ijazah ialah hanya sekeping kertas

Tahukah anda apakah nilai sekeping ijazah ? Jawapannya ialah sekeping kertas. Tanpa ilmu, ijazah itu tidak akan membawa anda ke mana-mana dan tanpa ketaqwaan kepada Allah SWT maka ijazah itu pun tidak akan mampu membeli pertunjuk mahupun hidayah .

Nilai seseorang ditentukan oleh apa yang dilakukannya bukan kerana kertas atau disebabkan pengiktirafan dari mana-mana ulama’ terkenal.

Daripada Abu Hurairah ra yang berkata , telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam yang bermaksud : “Barangsiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah tetapi dia sebaliknya mempelajarinya kerana untuk ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat mencium bau syurga di hari kiamat. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

Benarkah kita mengaji dan belajar kerana Allah ? Jika benar maka sijil dan ijazah seharusnya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting ialah ilmu bukannya kertas.

Jadi benarkah anda meninggalkan pintu gerbang dengan gembira kerana telah selesai mengutip segala jenis ilmu dan pengetahuan ? Atau gembira meninggalkan tempat belajar kerana sekeping ijazah di tangan ?

Firman Allah SWT : dan janganlah kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid : 23)

Fikir-fikirkan !




2 comments:

Walid Hafizul said...

tersentak jap lepas baca artikel ni...

rugi gak la kalau ada muslim yang belajar cuma untuk nak hidup senang, jaminan masa depan, dapat kerja yang bagus.

Saya rasa ada baiknya kalau artikel ni dibaca oleh student yg baru tahun satu dan yg masih belum habis belajar lagi sbb kalau dah seronok nak konvo macam saya ni mmg dah terlambat!

Noor Hakimah Kamaruzaman said...

Salam ustaz, syukran atas perkongsian, saya student thun 2 d sbuah ipta,saya ada 1 soalan,bagaimanakah cara untuk atasi belajar hanya krn sgulung ijazah? syukran..