Tuesday, January 27, 2009

Cukupkah Sekadar Boikot ? Mana Jihad ?



Peringatan Mengenai Boikot dan Bantahan Terhadap Israel

Di mana-mana sahaja kelihatan stiker pelekat ditampal menandakan sokongan boikot tehadap Israel dan seruan menyelamatkan Gaza dan Palestin. Hal ini merupakan sesuatu yang mempunyai pro dan kontranya.

Belum lagi kita bicarakan persoalan demonstrasi dan bantahan baik secara memorandum bertulis atau melalui perarakan beramai-ramai di jalanan.

Kesemua hal ini telah pun dipersetujui oleh ramai ulama Islam dan kita bersetuju pula untuk menerimanya sebagai salah satu cara menyatakan pendirian umat Islam terhadap saudara kita di Palestin dan menzahirkan kebencian terhadap perbuatan Israel.

Malangnya masih ada beberapa hal yang perlu diberikan peringatan iaitu apakah boikot dan bantahan demonstrasi ini diperintahkan oleh Allah swt dan dapat dijadikan sebagai pengganti bagi kewajipan jihad ?

Apakah tanggungjawab kita sudah selesai setelah penat memboikot dan berdemonstrasi ?

Anak-anak kecil yang membesar sudah mula memahami bahawa jihad itu ialah boikot dan berdemostrasi dengan mengibarkan bendera Gaza, bertakbir dan berarak kemudian pulang ke rumah.

Rakan-rakan lelaki dan wanita di pejabat yang jahil terhadap Islam mula menyedari rupa-rupanya tidak susah dan tidak sukar amalan jihad ini kerana ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti jihad ekonomi dengan memboikot barangan yahudi dan Amerika syarikat.

Hakikatnya apakah Rasulullah dan sahabat berjihad melawan musuh dengan berarak dan berdemonstrasi ? Apakah dengan menyerahkan memorandum atau memboikot barangan dan produk mereka ?

Sunnahnya bagaimana ? Bagaimanakah cara salaf soleh terdahulu menghadapi musuh ?

Di dalam televisyen, radio dan suratkhabar, tiada sepatah pun perkataan jihad dikeluarkan oleh pemimpin Negara bagi menandakan sokongan terhadap umat Islam Palestin. Gesaan Jihad juga tidak terkeluar dari mulut ulama-ulama Islam dan ahli majlis fatwa atau kebanyakan golongan yang dikenali sangat gigih beragama dan persoalannya ialah kenapa ?

Kenapa tiada gesaan daripada umat Islam untuk berjihad ?

Adakah kerana jihad sudah tidak wajib dan tidak releven disebabkan kewajipannya sudah diganti oleh amalan yang lain ?

Hukum Jihad Itu Wajib

Perlaksanaan jihad terhadap musuh Islam ialah wajib baik berupa Fardhu Ain mahupun fardhu Kifayah, namun kewajipan ini sudah dilupakan atau sengaja diketepikan kerana mahu menjaga kepentingan duniawi dan takut serta risau terhadap kedudukan di dunia yang sementara ini.

Allah swt befirman yang bermaksud : “ Diwajibkan atas kamu untuk berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Di dalam sebuah hadis, baginda rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak tergerak hatinya untuk berperang, maka dia mati di atas satu cabang kemunafikan." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’ie, Ahmad, Abu Awanah serta Baihaqi)

Membantu Palestin dan Gaza Tidak di atas Nama Islam

Saya sangat hairan mengapa kita takut sangat hendak mengisytiharkan sumbangan kita dan usaha membantu Palestin itu dilakukan kerana Allah dan disebabkan bagi memenuhi perintah Allah swt ?

Sebaliknya yang terjadi ialah semua orang sibuk mengatakan bahawa bantuan kepada Gaza dan Palestin ini ialah bantuan kemanusiaan, misi keamanan sejagat, sokongan kebangsaan Arab dan pencabulan hak asasi.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu dilakukan dengan niat dan bagi setiap perkara itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang kita mahu isu Palestin ini mendapat sokongan bangsa dunia dan inginkan simpati pihak bukan Islam namun sejak bila begitu hina agama ini apabila kita terpaksa membayar harga sebuah lori yang berisi bantuan makanan dengan harga iman dan aqidah ?

Kita disuruh oleh Allah swt untuk beribadah dan melaksanakan kewajipan agama hanya semata-mata kerana Dia dan tidak selain-Nya dan inilah kewajipan yang tersarat di dalam tauhid Uluhiyah sebagai tanda ubudiyah.

Firman Allah swt yang bermaksud “dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)

Jangan Mengharapkan Bantuan Orang Kafir di dalam Urusan Agama

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dia-lah Sebaik-baik penolong.” (Ali-Imran 49-50).

Di sebut di dalam kitab as-sahih bahawa Nabi sallahualaihiwasalam pernah keluar menuju Badar untuk berperang lalu muncul seorang daripada kaum musyrikin menyusul mahu mengikuti baginda sehinggat sampai di Herat lalu berkata kepada baginda bahawa dianya mahu mengikuti baginda dan rela berkorban untuk baginda rasul maka di jawab oleh rasulullah ; “Apakah kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya?” lalu di jawab tidak oleh lelaki tadi, maka di balas kembali oleh baginda dengan sabdanya : “ Kembalilah, kerana saya tidak akan meminta pertolongan kepada orang musyrik.” (hadis sahih riwayat Ahmad dan Muslim).

Permasalahan yang berlaku kepada umat Islam ialah kerana lemahnya fiqh aqidah Al-Wala Wal-Bara’

Kesimpulannya

1) Kerajaan umat Islam perlu melaksanakan kewajipan jihad dan mengirim pasukan askar di atas nama Islam dan kerana menyahut kewajipan syarak bukan di atas nama sekular, kemanusiaan atau kebangsaan.

2) Umat Islam perlu menggesa kerajaan supaya mengizinkan kewajipan jihad dilakukan dan kuliah serta ceramah-ceramah perlu memahamkan maksud jihad, panduan dan tata tertib serta kaedahnya kepada orang awam supaya mereka bersedia untuk berjihad.

3) Kepatuhan, ketakutan dan ketaatan hanyalah kepada Allah swt bukan kepada mahkluknya

4) Umat Islam hanya menjadi hina kerana mereka meninggalkan jihad.

No comments: