Thursday, November 27, 2008

Respon Terhadap Isu Yoga


Kelemahan institusi agama tanahair (yang berpunca daripada agamawan yang kurang mengkaji) disebabkan puluhan tahun yang dahulu pengetahuan agama hanya diambil oleh golongan yang tercicir pelajaran dari subjek sains dan konvensional mengakibatkan pelajar kurang cerdik ini sekarang mendominasi (menguasai) jabatan penting kerajaan dan majlis agama sebagai orang penting disebabkan SISTEM MALAYSIA ialah berdasarkan faktor senioriti (lama & tempoh berkhidmat) bukan kepada pencapaian dan hasil kajian.

Hal ini menyebabkan kita dapat melihat kurangnya penguasaan kemahiran agama dengan kebijaksanaan IQ berfikir bagi menggunakan dalil (hujah) agama untuk menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan.

Tidak seperti Negara lain, ulama dan pegawai agama pembuat keputusan kita tidak menguasai keseluruhan mazhab Islam seperti Syafie, Maliki, Hanafi dan Abu Hanifah yang juga merupakan Ahlul Sunnah Wa Jamaah sebaliknya para agamawan tanahair hanya menguasai Mazhab Syafie sahaja dengan juzuk yang kecil dan hanya merujuk pada kitab2 yang kecil jumlahnya.

Kelemahan mereka di sudut ilmu juga turut dibebani dengan gejala akhlak dan uslub (sikap) mentaliti masyarakat yang begitu ta'asub (melampau di dalam mempercayai sesuatu) sehingga mengakibatkan benda yang furu (remeh dan ranting) di dalam agama di anggap besar sedangkan Islam mengalakkan kita berfikir dan berbahas mencari kebenaran.

Sikap jumud (beku) dan tidak mesra manusia (kerana para agamawan lebih suka menjadi wakil tuhan dan begitu mudah menjatuhkan hokum dan sibuk bercakap soal hokum) seolah-olah Islam hanya untuk menghukum manusia sedangkan 2/3 daripada agama itu ialah dakwah yang menyeru manusia dan hokum Cuma 1/3 tidak dimanfaatkan dengan berkesan.

Sebelum membuat fatwa tentang YOGA, apakah peranan majlis agama dan Jabatan rasmi agama tanahair sebelum ini di dalam mempromosikan tentang PANDUAN MENJAGA KESIHATAN CARA ISLAM ? kaedah MEDITASI cara ISLAM ? Panduan Menghilangkan Stress menurut ISLAM bagi menyelesaikan masalah manusia ?

Jawapannya kurang atau hampir tiada.

Kemudian apabila Islam Tanahair( ISLaM MELAYU BUKAN ISLAM SEBENAR) tidak menmpunyai usaha mengurangkan beban emosi dan kesihatan manusia maka datangnya YOGA mengisi ruang VAKUM di dalam masyarakat dan kekosongan tersebut dengan segera menjadi pilihan popular warga kota dan mereka yang stress dan inginkan kehidupan yang sihat.


Maka kemunculan Fatwa seperti ini tentulah dicemuh, kenapa sekarang baru nak sibuk bila orang dah ramai buat YOGA, kenapa sebelum ini tidak ? Apakah kerana ianya tiada di dalam buku Proedur Jabatan Agama iaitu MEMIKIRKAN PERSOALAN MANUSIA DAN BAGAIMANA HARUS MEMBANTU MEREKA DENGAN AGAMA ?

Pendapat Ulama Mengenai Hukum YOGA

YOGA sekiranya mempunyai pengaruh keagamaan dan spiritual yang bukan berasal dr Islam maka ditolak dan boleh membawa syirik kerana mencari ketenangan selain jalan yg dianjurkan oleh Islam ialah syirik.

Masalahnya YOGA dilakukan dengan campuran perbuatan fizikal (senaman jasad) yang halal dan ucapan serta amalan spiritual (yang diharamkan) kerana mempunyai pengaruh agama HINDU.

Misalnya ucapan seperti "Omm", tafakur dan pemusatan hati dan pemikiran, mengabungkan diri dengan alam ialah suatu yang ditegah serta disebut sebagai "penyatuan" yang berasal dr ugama Hindu. Maka hal ini ditegah oleh Syarak berdasarkan hadis sahih yang baginda pernah bersabda : "Barangsiapa yang meniru perbuatan sesuatu kaum maka dia termasuk di dalam kaum tersebut." (hadis sahih)

Kemudian di dalam ayat al-quran, disebut di dlm surah Ali-Imran yg berbunyi " Barangsiapa yang mencari jalan hidup (termasuk juga jalan ketenangan hati dan panduan pembersihan jiwa) yang selain daripada Islam maka tidaklah diterima di sisi Allah." (Al-Imran: 85)

Kesimpulannya pengharaman YOGA sewajarnya sejak dahulu bukan sekarang, ulama Islam perlu membuat kerja rumah dan kajian sejak dahulu tentang masalah umat Islam bukan menunggu sehingga sudah parah baru membuat keputusan yang mengakibatkan kemarahan orang.

Keputusan Majlis Fatwa perlu disokong, kerana mereka mewakili nama Islam malangnya sikap mereka kurang brhikmah di dalam tindakan dakwah kerana tidak selari dengan usaha dakwah dan seruan memberikan kefahaman kpd orang ramai.

Apapun kita perlu memahamkan org ramai kenapa Yoga ini haram dan kita perlu menyokong Majlis Fatwa dan Kita perlu ubah sikap dan cara pengendalian Fatwa di Malaysia.

Perlu diingat sekalipun agama ialah suci dan terpelihara dr salah, namun orang yang mengendalikannya tidak terlepas dr kesalahan.

Wallahualam.

Saturday, November 08, 2008

Kepentingan Ikhlas di dalam Amalan


Para ulama Rabbani yg terdiri daripada mereka yg aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah tlh bersetuju, bahawa kepentingan ikhlas bg setiap amal utk bekalan akhirat dan bg setiap org yg meniti jln menuju Allah.



Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat bahagian dr kitab Al-Ihya' :

"Dgn hujjah iman yg nyata dan cahaya al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tdk akan tercapai kecuali dgn ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."

Jadi sebutan mereka yg ikhlas amat rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yg bererti sama dgn kemunafikan dan tdk berbeza dgn kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah tlh berfirman ttg setiap amal yg dimaksudkan utk selain Allah, sbg suatu yg tdk bermatlamat. Di dlm al-Quran Allah tlh berfirman yg bermaksud :

"Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." (al-Furqan: 23)

Perkara yg serupa dgn apa yg dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Rabbani yg arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia spt org yg sdg mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali mereka yg mengamalkan ilmunya."

Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg dilaksanakan dgn ikhlas. Ikhlas itu dlm bahaya yg besar sehingga tetap berakhir dgnnya."

Sebahagian yg lain juga berkata, "Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."

Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu dgn amalnya.

Dlm hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Allah tdk melihat kpd jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu." Baginda memberi isyarat ke arah hati dgn jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali." (HR Imam Muslim)

Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih haiwan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg dpt mencapainya." (al-Hajj: 37)

Allahu a'lam..


Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah Wal-Ikhlas, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi