Friday, September 26, 2008

Muslim lupa Sejarah mengakibatkan Lupa Nilai Diri


Prof. Dr Ataullah Bogdan Kopanski ketika berceramah kepada pekerja-pekerja di syarikat saya ada menyebutkan bahawa salah satu sebab utama punca kekalahan umat Islam Andalus kepada tentera Salibiyah ialah di sebabkan kemewahan yang dikecapi oleh mereka menyebabkan mereka sayang akan dunia dan takut kehilangan segala keselesaan yang dikecapi sehingga menjadikan mereka lemah jiwa dan minda kerana dikawal oleh ketakutan dan kehilangan semangat perjuangan.

Disebabkan muslim sudah sampai ke sebuah peradaban yang tinggi, mereka mula lupa diri dan dilalaikan dengan kemewahan serta melupakan asal usul sejarah dan nilai agama mereka dan matlamat asal yang perlu mereka perjuangakan. keselesaan menyebabkan hati mereka lemah.


Penyakit Al-Wahn Punca kekalahan Umat Islam

(Askar Amerika Berehat di dalam Masjid di Iraq yang telah mereka tawan)

Daripada Thauban, katanya: Sabda RasululLah s.a.w : “Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan)" . Seorang sahabat bertanya “Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabt bertanya pula ” Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah : “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud. Al-Albani mensahihkannya ( Al-Albani, Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. 2/647 Riyadh : Maktabah al-Ma`arif).

Umat Islam begitu takut dengan perkara yang direka oleh barat atau oleh apa yang telah dimomokkan kepada kita seperti peperangan, pergaduhan, perselisihan antara kaum, kemiskinan dan dan sebagainya.

Kita takut untuk melaungkan azan dengan kuat kerana takut menganggu jiran

Kita takut untuk berprinsip menyatakan pendirian kerana takut dilabel ekstrimis

Kita takut untuk menyatakan orang lain salah kerana takut dibenci

Kita takut berjihad kerana tidak mahu mati dan cintakan dunia.

Kita bangsa penakut

Ingatlah kembali pesanan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab yang berucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Ketahuilah,
Kita tidak akan mulia dengan ekonomi, kita tidak akan mulia dengan polisi dan sistem politik dan kita tidak akan menjadi mulia dengan demokrasi atau disebabkan oleh pelbagai kelebihan kita yang lain.

Kita hanya akan mulia dengan Islam

Malangnya umat Islam telah lupa akan hal itu !

No comments: