Thursday, December 29, 2005

Kedudukan Imam & Makmum Dalam Keadaan Solat BerDua Orang Sahaja



Antara pertanyaan menarik yang ditujukan pada saya yang wajar dikongsi jawapannya bersama ialah mengenai bagaimanakah kedudukan Imam dan Makmum apabila makmum cuma seorang seperti yang selalu terjadi pada mereka yang masbuq dan musafir atau bersolat bersama kawan atau bapa bersolat dengan anak di rumah.

Perbuatan makmum yang berdiri sedikit di belakang imam sewaktu solat dengan imam apabila makmum cuma seorang ialah tidak benar walaupun memang demikian ialah pendapat mazhab Syafie namun ianya tidak tepat kerana ianya tiada dalil dan hujah yang sahih ialah berdiri disebelah kanan imam dengan bersama soff dengan imam.

Hal ini disebabkan terdapat hadith dari Ibn Abbas ra yang mengisahkan mengenai Ibn Abbas ra yang bersolat di sebelah kanan baginda yang kemudian ditarik telinganya oleh baginda untuk bersama soff sila lihat Bukhari no. 183 dan Musim no. 763 beserta syarahnya dan pada riwayat lain baginda menyebut padanya : "Apa kena dengan kamu ini sehingga aku terpaksa menbuatkan engkau mengikutiku dengan menarikmu/mencuit.."(diterjemah ikut bhs mudah oleh pertj.) (riwayat Ahmad hadith sahih tapi dengan sanad yang syaz).

Demikian juga dalam hadith Jabir ra yang bersolat dibelakang bersama baginda rasulullah yang kemudian telinganya ditarik oleh baginda sehingga berdiri di sebelah kanan baginda (hadith sahih riwayat Muslim no. 766 dan Ahmad).

Juga dalam kisah solatnya baginda dalam keadaan sakit sebelum wafatnya baginda dengan duduk di sebelah Abu Bakar ra seperti yang disebut dalam riwayat Aisyah lihat sahih Bukhari no. 683 dan Muslim no. 418.

Demikian juga keadaannya apabila seseorang itu masuk ke surau atau masjid dan mendapati keadaan soff sudah penuh maka dia boleh bersolat di sebelah Imam jika keadaan ruang mengzinkan seperti yang berlaku dalam kisah di atas.

* boleh merujuk lebih lanjut dalam Kitab Sifat Solat Nabi karya Al-Allamah Syeikh Albani ra & Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq dengan Tamamulminnah dari Syeikh Albani.

No comments: