Thursday, June 30, 2005

Bolehkah bergerak dalam Solat Jika keperluan ?

Mengenai pendapat yang mengatakan bahawa bergerak melebihi 3 kali dapat membatalkan solat tidaklah benar kerana tidak ada dalil dan tidak ada hujah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ianya cuma pendapat mazhab Syafie yang dibuat berdasar kaedah ihtiyath (berhati-hati) walaubagaimana pun bergerak dalam solat secara sengaja tanpa keperluan akan merosakkan solat dan menurut ulama’ dapat membatalkan solat.

Namun jika mempunyai keperluan maka tidak mengapa bergerak dalam solat walaupun melebihi 3 kali dan tanpa perlu pun mengira berapa kalikah pergerakan itu berlaku kerana jelas terdapat hujah dari sunnah dari riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam sendiri bergerak dalam solat dengan kerana berlaku keperluan seperti yang disebut :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلى في البيت والباب عليه مغلق فجئت فاستفتحت فمشى
ففتح لي ثم رجع الى مصلاه ووصفت أن الباب فى القبلة
“ Sesungguhnya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sedang bersolat di rumah dan pintu rumah terkunci dari dalam maka aku ketika itu baru pulang dan cuba membukanya maka baginda pun berjalan dan membuka pintu untuk aku kemudian kembali kepada tempat solat baginda dan sesungguhnya pintu itu mengadap kiblat” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.598 dan Abu Daud no. 910 ).

No comments: