Sunday, November 10, 2013

Nilai kita berbeza, jangan kau samakan


Ada orang tanya saya, kau miskin macam mana kau bagi makan anak-anak bini? Tersenyum kelat, tidak mahu menjawab tetapi si penyoal mendesak.

Lalu saya katakan, seratus ringgit kamu tidak sama dengan seratus ringgit kami.

Mana boleh tak sama ? Dia mencebik muka. Seratus ringgit tetap seratus ringgit !!!

-------------------------

# Itulah insan, apabila dia tidak boleh bahagia, dia menganggap dan mengharap agar orang lain pun turut tidak bahagia. Pantang dia kalau nampak berbeza...

# Gaji kamu kecil, bagaimana boleh berbini tiga ?? Marahnya, yang sudah bergaji besar namun cuma berbini satu. Hairan, tidak berpuas hati dan merasa iri hati, kerana dia tidak mampu maka dia ingin agar orang lain pun turut sama merasa tidak mampu.

Marah benar dia kalau ada orang yang merasa mereka mampu, akan diperkecil-kecilkan mereka agar akhirnya mereka pun akan berkata ya kami tidak mampu, baru puas hatinya.

# Macam mana kamu boleh hidup dengan hutang keliling pinggang ? Tak malukah kamu orang lain mengata dan mengutuk ? Selama hidup saya tidak pernah saya hutang tidak bayar. Ujarnya bangga dengan pencapaian hidupnya yang bebas daripada hutang.

Pantang dan marah benar dia melihat kita endah tak endah, tak risau dan tidak mengelabah walaupun punya hutang jutaan ringgit dan surat saman berkeping-keping namun masih tetap senyum melayan anak-anak dan bahagia bersama keluarga.

Dia mahu kita menangis, melutut sedih dan meracau mengoyak baju barulah dia berpuas hati. Marah benar dia apabila kita bahagia bahkan lebih bahagia daripada dia yang tidak ada punya hutang apa-apa !

-----------------

Aku sudah katakan, nilai kita tidak sama.

Nilai dalam hidup, nilai pada matlamat dan nilai neraca pada kehidupan.

Kau dan aku melihat pada sisi yang berbeza, lalu kita menikmati hasil yang tidak sama.

Kau melihat pada kelebihan material sedang aku melihat pada kelebihan Tuhan !!!

1 comment:

Assalamualaikum,

Semoga komen ini membawa kebaikan...