Dalam dunia hari ini, duit adalah
segala-galanya. Mereka yang memiliki wang jika sakit akan mendapat
layanan istimewa, jika tiada duit tunggulah berjam-jam lamanya. Apabila
ada wang maka pinangan selalunya diterima tetapi jika tiada duit, dihina
dan dimalukan kerana konon ada hati mahu membela anak orang.
Apabila ada duit, boleh sambung belajar apabila tiada duit maka jangan harap ada yang sudi mahu mengajar. Apabila ada duit, boleh berukhuwah dan bersosial sana-sini tetapi apabila tiada duit nak hadir ke mana-mana pun berfikir lama. Jika ada duit, apa hajat isteri boleh dipenuhi tetapi kalau tiada duit semuanya salah suami.
Di akhir zaman, Iman itu tidak dipandang kerana ianya tidak boleh diguna untuk membeli barang. Bahagia hari ini telah dididik dalam diri, bahawa ianya terletak pada barang....
Tanpa duit, tidak boleh membeli barang...tiada barang hidup menderita dan tidak akan bahagia...
Hakikatnya duit tidak dibawa masuk dalam kubur...
Kata Imam Hasan al-Basri Rahimahullah
ما أعزَّ أحد الدراهم إلا أذله الله
'Tidaklah seseorang itu mengagungkan dirham (wang) kecuali dia akan dihinakan oleh Allah' [Hilyah Al-Awliya, Abi Nu'aym]
Ya memang di dunia ini dia masih saja dimuliakan orang....tetapi tunggulah sehingga tanah menutup liang kubur...

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,
Semoga komen ini membawa kebaikan...