Sunday, August 28, 2011

Imam diangkat bukan kerana pakaian


Selama iktikaf dimasjid, saya perasan bahawa mentaliti umat Islam kita masih jumud tentang pakaian. Biarpun ustaz tetapi jika tak berjubah dan berserban maka susah untuk orang ramai dan ahli jamaah nak mengangkat jadi Imam !

Kata Syeikh Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnahnya, orang yang paling berhak menjadi imam ialah orang yang paling baik bacaannya terhadap kitab Allah. Kemudian jika ada ramai orang yang setanding bacaannya maka dipilih dikalangan mereka orang yang paling faqih dan memahami sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. Adapun jika masih ada yang setanding lagi selepas itu maka didahulukan orang yang paling awal berhijrah dan jika masih ada lagi yang setanding maka akhirnya didahulukan orang yang lebih tua. (Lihat Fiqh Sunnah, Jilid 1, ms. 173. Cet. Muasasah Resalah)

Ini bertepatan dengan hadis Abu Mas’ud Al-Ansori ra yang berkata telah bersabda baginda rasulullah SAW :

”يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة، فإن كانوا في السنة سواءً فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواءً فأقدمهم سلماً – وفي رواية - سنّاً

Maksudnya : Yang menjadi imam kepada suatu kaum itu (yang berhak) ialah orang yang paling baik bacaan (dan hafalan) Al-Qur’annya . Kalau ada dikalangan mereka itu yang setanding dalam bacaan maka dipilih yang paling mengerti tentang Sunnah. Kalau dalam Sunnah juga setanding, maka dipilih yang lebih dahulu berhijrah . Kalau dalam berhijrah itu juga ada dikalangan mereka yang sama, maka dipilih yang lebih dahulu masuk Islam”. Dalam riwayat lain : ”.....yang paling tua usianya” . (hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Malangnya di tanahair kita kebanyakan surau, musolla dan masjid lebih suka memilih imam dikalangan orang yang berpakaian jubah dan serban dari melihat kepada bacaan dan kebolehan. Ini disebabkan mentaliti kita masih belum bebas dan merdeka daripada kejumudan dan kesempitan pemikiran !

Pemikiran seperti ini perlu diubah kerana ianya akan membahayakan generasi muda dan survival Islam di masa hadapan. Ketahuilah sebaik-baik pakaian ialah taqwa dan ianya tidak jubah dan serban tetapi istiqamah dan berpegang kepada syariat Allah !

Cubalah lihat kepada para tokoh terkenal dan alim ulama di serata dunia, mereka tidaklah menjadikan jubah dan pakaian serban itu sebagai kostum harian mereka kerana ianya tidak disuruh oleh sunnah bahkan tidak pula diwajibkan oleh agama dalam ibadah.

(Syeikh Dr. Abd Karim Zaidan, berkaca mata hitam dan berseluar tanpa serban. Beliau ialah pakar usul fiqh dan mujtahid yang terkenal di abad ini)

(Syeikh Syuaib Syu'aib al-Arnaout, pakar hadith dan ulama pentahqiq pelbagai kitab, berbaju putih dan berseluar)


(Syeikh Dr. Basyar `Awwad Ma'ruf -pakar hadith dan pentahqiq kitab-kitab Islam terkenal)

Syarat dalam ibadah ialah menutup aurat dan pakaian itu bersih daripada kotoran serta tidak menimbulkan fitnah yang menyalahi agama seperti isu tasyabuh dan sebagainya. Selain daripada itu ianya adalah harus dipakai dan layak dibawa ke dalam tempat solat.

Firman Allah SWT : ”Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Sesungguhnya sebaik-baik pakaian yang dipakaikan ke tubuh badan ialah pakaian taqwa dan dilekatkan ke tubuh demi mencari keredhaan Allah SWT !

Wallahu’alam.

3 comments:

  1. As'salam ya ikhwan, sememangnya begitulah masyarakat Melayu yang secara amnya menganggap yang memakai serban adalah tinggi ilmu....tetapi mereka yang memakai serban kebanyakkan mengikut sunnah dan ada diantara mereka cuba untuk memperbaiki diri dengan berpakaian sedemikian..
    sepertimana hadith
    Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya".
    (HR Tirmizi)

    dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)".
    (HR Tabrani)

    Maka jika para ustaz tidak mahu mengikut tidak mengapa cuma ianya tidak mengikut salah satu sunnah sahaja. Asalkah sunnah yang dituntut iaitu solat berjemaah tidak ditinggalkan.

    Sepertimana 2 hadith ini:

    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Tempat yang paling dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar".
    (HR Muslim)

    dan

    Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah".
    (HR Tabrani)

    Bukankah menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w bererti beriman kepadaNya dan rasulNya...
    sepertimana hadith ini...
    Dari Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
    "Aku berkeinginan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku".
    Para sahabat berkata, "Tidakkah kami ini saudara-saudara tuan"?
    Baginda SAW menjawab: "Kamu adalah sahabatku, tetapi saudara-saudaraku ialah orang-orang yang beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihat aku".
    (HR Ahmad)
    rahmatallah filalamin.......

    ReplyDelete
  2. kita doakan mereka supaya dibuka hati oleh Allah untuk terus menimba ilmu Islam sehingga mereka dapat kefahaman yg benar, amin.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ustaz di atas posting ini. Cuma Ana heran ada imam yang bertAuliah TETAPI bAcaan Fatihahnya tidak kenA padA magraj Dan SiFat. Ada yang tak cukup enam HarQat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum,

Semoga komen ini membawa kebaikan...