Membaca surat khabar hari ini 27/8/01 membuatkan jiwa saya terdorong untukmenurunkan sedikit catatan meluahkan pendapat dan rasa tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor.
Orang kafir boleh masuk ke masjid sebenarnya menurut hukum Islam tetapi sebelum saya bahaskan hal tersebut marilah cuba mendengar keluhan saya terlebih dahulu.
Sudah lama sebenarnya, jabatan Agama Islam di Malaysia lebih berperanan menyusahkan umat Islam, mengenakan pelbagai peraturan yang tidak membawa manfaat kepada dakwah dan kepentingan umat Islam sebaliknya lebih bertujuan menunjukkan kekuasaan agama dan pengaruhnya di dalam negara Malaysia. Saya tidak suka dengan sikap Jabatan Agama Islam yang lebih suka menjadi detektif penyiasat mencari salah masyarakat sekalipun mungkin itu adalah minda dan budaya mereka yang bekerja di bawah sistem Malaysia.
Saya juga kurang gemar dengan peraturan demi peraturan agama yang lebih berbentuk menghukum daripada mendidik dan menyelesaikan masalah.
Saya yakin tidak ramai ahli agama dan pegawai di pejabat agama yang didedahkan dengan latihan pengurusan yang berkesan. Mungkin mereka juga tidak pernah mendengar tentang prinsip pareto yang mengatakan bahawa dalam 100 % masalah yang timbul, hanya 20 % sahaja masalah yang merupakan pokok masalah sebenar adapun 80 % perkara yang baki lagi adalah lebih kepada masalah berbangkit yang timbul dari kesan masalah 20 % yang asal itu.
Jadi menurut prinsip pareto, jika kita ingin menyelesaikan masalah secara tepat kita perlu mensasarkan usaha penyelesaian pada perkara 20 % yang menjadi punca masalah lalu barulah 80% masalah berbangkit lain yang timbul akan dapat diselesaikan.
Aqidah dan perjuangan Islam dibuat mudah, Hal feqah dan persoalan remeh dipersusahkan
Saya hairan dengan Jabatan Agama Islam di Malaysia, persoalan berkait kepentingan Umat Islam dan dakwah menyeru manusia kepada agama seperti menyeru masyarakat agar mentauhidkan Allah SWT, mengajak masyarakat mengamalkan Islam seperti menegakkan solat, melaksanakan syariat-syariat Islam dan memahamkan mereka tentang agama melalui tarbiyah dan dakwah berbentuk ilmu dipandang mudah dan tidak dipedulikan.
Anak-anak remaja Muslim di sekolah rendah dan sekolah menengah jarang didekati oleh mana-mana pegawai dan Jabatan Agama Islam di Malaysia. Sepatutnya mereka boleh mengadakan program latihan untuk pelajar sekolah, lawatan, seminar dan pendedahan berkenaan Islam dan dakwah kepada golongan ini. Ibarat kata orang mencegah lebih baik daripada mengubat maka apa sahaja program, aktiviti dan usaha mendekati generasi muda Islam untuk menyampaikan kesedaran agama kepada mereka perlu dilakukan.
Tetapi mereka tidak muncul.
Anda akan melihat pegawai-pegawai agama ini muncul memakai jaket tanpa lengan (vest) dengan lagak pengawai detektif dan polis apabila telah berlaku gejala sosial dan peristiwa hitam seperti pelajar sekolah berzina, murid sekolah mencabul atau pelbagai kes lain.
Galak sekali muka-muka mereka muncul dengan popular di dalam majalah dan suratkhabar tabloid seperti Harian Metro untuk mendedahkan salah laku umat Islam di sana sini tetapi apa dan ke mana sudahnya ?
Masalah sosial dan kebejatan agama berlaku di sana sini dan tahukah anda apakah yang ada di dalam kotak pemikiran pegawai agama dan jabatan agama di Malaysia ? Mereka berkira-kira mahu menambah pegawai mereka dan mahu diberikan bajet lebih banyak untuk meningkatkan kekuatan pasukan mereka bagi memantau dan menjaga serta menguat kuasakan undang-undang syariah Islam di dalam negara.
Bilakah golongan seperti pegawai agama Islam di Malaysia ini akan sedar kebejatan mereka ?
Masjid dan hukumnya yang tunggang tebalik dengan Sikap Agamawan Malaysia
Masjid ialah merupakan tempat sujud bagi orang Islam secara bahasa manakala dari sudut istilah ilmu masjid merujuk kepada rumah ibadah Islam yang di dalamnya dikerjakan solat serta pelbagai ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah : 17)
Masjid disebut rumah Allah kerana di dalamnya orang mengabdikan diri kepada Allah SWt namun Islam bukanlah agama yang sempit ini dibuktikan oleh hadis nabi Sallahualaihiwasalam yang menyebut : “ Dimana sahaja kamu mendapati masuknya solat maka bersolatlah kerana di situ ialah masjid” dalam riwayat yang lain Nabi menyebut seluruh tanah di atas muka bumi ini dijadikan tempat sujud (masjid) bagi umat Islam sebagai menunjukkan kemudahan Islam kepada umatnya. (Lihat sahih bukhari dan Muslim serta lain-lain kitab hadis)
Apapun jika kita mahu jujur dan bersikap adil maka kita perlu menegur perkara berkenaan masjid dari semua sudut.
Bermegah-megah dalam binaan masjid
Islam melarang umatnya bermegah-megah dan membangunkan masjid menjadi hiasan dan tempat mewah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasaie serta lain-lain ulama hadis bahawa nabi diriwayatkan pernah bersabda : “ Tidak akan tiba hari kiamat sehinggalah manusia berbanga-banga dengan pembinaan masjid.” Manakala dalam hadis yang lain seperti yang diucapkan oleh Ibn Abbas ra bahawa nabi salallahualaihiwassalam pernah mengatakan bahawa baginda tidak dibenarkan menghiasi masjid seperti mana yahudi dan nasrani menghiasi masjid mereka. (Lihat hadis dalam Sunan Abu Daud dan Ibn Hibban)
Para sahabat dahulu apabila membina masjid, mereka besederhana di dalam binaanya agar tidak menjadi tempat perhiasan dan tempat manusia berbangga dengan pembinaannya dan melalaikan manusia daripada tujuan asal masjid dibangunkan iaitu sebagai tempat ibadah, menjalinkan ukhuwah dan persaudaraan Islam di atas ketaqwaan dan keimanan.
Mana perginya Jabatan Agama Islam di Malaysia apabila kerajaan membangunkan masjid Kristal dan pelbagai lagi masjid yang dibina cantik dan dijadikan hiasan serta kebanggan ibarat muzium sehingga dikawal rapi 24 jam serta tidak dibenarkan tidur mahupun berehat di dalamnya ?
Mereka tidak mendapat aduan atau laporan berkenaan hal tersebut, demikianlah agaknya jawapan mereka.
Makan dan minum dalam masjid serta tidur di dalamnya
Para ulama Islam membolehkan perbuatan makan dan minum di dalam masjid serta bahkan tidur di dalamnya. Masjid yang merupakan tempat suci kedua umat Islam sendiri dahulunya dijadikan pusat tidur para golongan ahlul suffah yang tinggal dan bermalam di dalamnya.
Kata Ibn Umar ra, kami dahulunya di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam tidur di dalam masjid serta berqailulah di dalamnya semasa kami masih muda dan demikian juga yang ditegaskan oleh Imam An-nawawi bahawa para sahabat rasulullah biasa tidur di masjid.
Bahkan seorang yang bukan Islam bernama Samamah bin A’sal pernah tidur di dalam masjid di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam sebelum beliau memeluk Islam.
Bahkan Al-Imam Syafie ra sendiri menyebut di dalam kitabnya Al-Umm, Bolehnya orang musyrik bermalam di masjid dan begitu juga dengan seorang muslim. Juga beliau menyebut tidak mengapa seorang yang musyrik (bukan Islam) bermalam di mana-mana masjid kecuali di masjidil haram.
Manakala Abdullah bin Harris ra menyebut bahawa : “Kami makan roti dan daging di dalam masjid ketika zaman rasulullah salallahualaihiwassalam.” (Lihat kitab Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq)
Hukum orang bukan Islam masuk ke dalam masjid
Para ulama Islam seperti Syeikh Muhammad Soleh Al-Munanjid, menyebutkan bahawa orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuki masjid selain daripada masjid haram dan masjid nabawi. Perbuatan ini berdasarkan amalan di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam serta tidak terdapat larangan yang khusus berkenaan hal tersebut.
Keharusan orang bukan Islam memasuki masjid sekiranya mempunyai keperluan adalah berdasarkan memenuhi sifat syariah Islam yang menetapkan bahawa hukum larangan atau keharaman adalah mesti didokong oleh dalil dan perintah daripada nas Al-Quran mahupun al-hadis manakala dalam hal ini adalah tiada.Deligasi daripada Thaqif dan segolongan nasrani daripada Najran pernah menetap di masjid sebelum mereka memeluk Islam dan hal itu pernah berlaku di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam.
Fatwa keharusan ini dikeluarkan oleh Lajnah Fatwa Arab Saudi yang memiliki kekuatan sokongan daripada ramai cendiakawan dan ulama Islam yang lebih menyakinkan kita.
Bahkan larangan bagi wanita haid memasuki masjid juga adalah suatu tindakan yang tidak wajar dikuat kuasakan sebagai undang-undang syariah kerana para ulama Islam sendiri tidak bersepakat dalam hal tersebut dan bahkan pendapat itu tidaklah menduduki pendapat yang mutlak.
Al-Imam Abu Hanifah ra dan mazhabnya misalnya mengharuskan kemasukan wanita ke masjid secara mutlak sekalipun ke dalam masjidil haram. Pendapat ini juga kemudiannya diperkembangkan oleh Al-Imam ibn taimiyyah ra yang menyatakan tidak salah bagi wanita haid untuk memasuki masjid dan duduk di dalamnya bagi tujuan atau keperluan tertentu.
Sebahagian ulama Islam seperti Syeikh Saud Al-Funaysan, bekas Dekan Jabatan Syariah Universiti Al-Imam, Arab Saudi menyatakan larangan kemasukan wanita haid ke masjid hanyalah disebabkan kebimbangan mereka akan mengotorkan masjid dengan darah yang menitis dan inilah yang diungkapkan oleh Al-Imam Ibn hajar ra ketika memberi komen kepada hadis Aisyah yang menyatakan wanita solat di zaman rasulullah dengan keadaan darah menitis daripada mereka.
Kata al-Imam ibn Hajar, ini menunjukkan bahawa seseorang wanita itu boleh iktikaf dan solat sekalipun bagi yang mengalami darah istihadah iaitu darah sakit selama dia mampu mengelak daripada mencemarkan masjid. (Lihat Fathul bari syarah sahih bukhari)
Maka bagi wanita Haid yang boleh menjaga kebersihannya serta mengelak daripada mencemari masjid maka tidak patut dihalang daripada memasuki masjid untuk tujuan-tujuan yang mulia dan keperluan tertentu yang diperlukan olehnya.
Permudahkanlah apa yang mudah.
Firman Allah SWT : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)
Wallahua'lam

Assalamu'alaikum ustaz..
ReplyDeleteSaya ingin bertanya. Apakah perlu non-muslim menutup auratnya seperti mana muslim amalkan sebagai adab memasuki masjid?
Assalamualaikum...
ReplyDeletesaya ingin bertanya...bukakankah orang kafir boleh masuk kesemua masjid kecuali masjid al-haram serta perkarangan masjid berkenaan...
dan juga masjid nabawi boleh dimasuki golongan ini..
sbg cth ada kisah2 org kafir yg diikat pd tiang masjid nabawi...
sy ada terbaca dr artikel blog dibwh...
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
hanya ingin berkongsi dan bertanya... :)
terima kasih atas perkongsian ilmu ini ustaz..nampaknya,umat islam sendiri masih jahil dengan hukum hakam islam tetapi mahu menegakkan kebenaran seolah2 mereka betul dalam semua perkara..
ReplyDeletesalamun salam ..:)
ReplyDeletesy amat setuju dengan keluhan ustaz..
selama ni sy sentiasa bersoal kpd diri...
stakat operasi2 pencegahan shj ka mereka mampu buat?? terhad sangatkah kuasa mereka padahal mereka sepatutnya boleh berbuat lebih..??itu pon operasi pencegahan dilakukan tidak efektif...
keluhan ustaz telah memberi pencerahan ...walaupun ia mungkin pendapat peribadi... terima kasih..
pada pandangan saya mereka sebenarnya mahu menjaga kemaslahatan masjid tapi dengan pendekatan yg tidak tepat dan sangat tidak menyeluruh dalam membuat pertimbangan...hurmmm
sy percaya setiap dari diri mereka di jabatan agama islam pasti nak yg terbaik tapi salah pertimbangan, silap pendekatan... keterbukaan perlu ada pada mereka dlm menerima pandangan luar..
sy tak pasti bgmana struktur organisasi mereka tapi sy percaya mereka pasti ada bahagian pendidikan / tarbiyah @ atau R&D..... tapi jika sekalipon ada... sepertinya tidak synchronize dgn penguatkuasaan yg mereka lakukan........
amat sedih...
siapa sebenarnya yg layak menegur mereka? pemimpin negara ? ketua agama??? siapa ya agaknya KETUA AGAMA MALAYSIA??? hurmmm payahnye rase...sesak dada rasanya.....sedih sebak...
makin di ulas makin terkait dan terkait lagi dgn yg lain...
rakyat diberi pelajaran agama tapi tidak terdidik dgn pelajaran itu.semata2 atas kertas...kerana apa? :(
Salam,
ReplyDeletetazkirah ni umum, milik semua manusia, Ad-deen nasihat (agama ini nasihat) kalau rasulullah pun sudi mendengar nasihat kebaikan dari yahudi maka kenapa kita tak boleh mengambil kebaikan dari orang lain ? Islam tak tercemar dengan perbuatan ...orang kafir terhadap kita. Islam tercemar dengan perbuatan umat Islam sendiri.
Saya lihat isu ini terlalu dipolitikkan sehingga hukum agam telibat dipolitikkan dan dijadikan sentimen. Berdosalah mereka yang mencemarkan agama demi sentimen politik mereka.
YaAllah jauhilah kami daripada politik yang memualkan dan menjauhkan manusia dari Mu ya Allah !
Salam Ziarah Ustaz
ReplyDeleteSalam Ustaz..
ReplyDeleteBagaimana pula dgn ayat 43 surah an Nisaa' berkenaan dengan asbabun nuzul yang menceritakan perihal sahabt nabi yang ditimpa jinabah (berhadas besar). Rumah mereka dan pintu rumah mereka rapat dengan masjid nabi, dan mereka tidak dapat keluar dari rumah mereka utk dapatkan air kecuali perlu melewati ruang masjid utk keluar. Lalu Allah memberi sedikit kelonggaran kepada mereka sekadar utk lalu tetapi tidak sampai boleh melepak2 dan melakukan apa2 aktiviti di dalam masjid.. objektif kelonggaran dan semua kelonggaran yang diberikan ini adalah pada perkara darurat.. tetapi dalam kes yang baru berlaku ini, situasi itu bukanlah darurat dan ianya bermotif politik di mana si wanita bukan Islam itu, menggunakan ruang dan peluang tersebut bagi mileage politik dirinya dan partinya.. jangan kerana kita mahukan kuasa kita dibutakan dan bersikap seperti ahli kitab mencari dari segenap pelosok dalil2 yang kemudian diputarbelitkan utk menghalalkan sesuatu kemudahan yang diberikan atas dasar darurat dan kemudaratan.. ayat 43 surah an nIsaa' itu tidak dinaskh atau dimasukhkan oleh mana2 ayat, jadi ia membatalkan segala pandangan manusia yang cenderung kepada pendapat yag memeberi keuntungan dunia pihak2 tertentu.. Jika Allah memberitahu kepada mereka yang berhadas besar jangan hampiri masjid, bukankah jika diikuti perintah itu kita mendapat pahala.. kenapa mahu disibukkan dengan keadaan diri berjunub masih sibuk mahu ke masjid? Bukankah dengan duduk dirumah kita (muslimah) mendapat pahala kerana mematuhi larangan Allah...? Buka mata dan padamkan sentimen politik semasa mencari kebenaran.. InsyaAllah Allah lorongkan ke arah penyelesaian terbaik.. InsyaAllah.. satu lagi, apakah tuan bersedia utk bertanggungjawab dan menjawab dihadapan Allah nanti jika selepas ini muslimah yang didatangi haid secara beramai-ramai bertumpu ke masjid atas 'fatwa' tuan ini?
masalah juga nak terima perbuatan YB tu,sebab dia hanya berpakaian sopan di mata orang masa kini, bukan pada pandangan Islam.
ReplyDeleteYang kedua, dia (YB Teo Nie Ching) sendiri adalah perempuan. Sedangkan ketika solat kita bersusah payah meletakkan tabir, dan susunan lelaki dan perempuan yang sebegitu rupa, selesai saja solat, dibuat "tazkirah" oleh seorang perempuan.
Sekalipun ada yang menganggap Yb adalah pemimpin (saya tidak menerima pendapat ini) namun mungkin ada platform lain untuk memberi layanan beliau sebagai pemimpin.
Di sini mana keadilan kita berhujah.??? Saya tak mampu berat sebelah bila persoalan ini disebut.
Wallahua'lam,saya mungkin tersilap
hukumnya memang diketahui harus. tetapi persoalannya perlukah si kafir hanya kerana sekadar menyampaikan sumbangan, ucapan dan bersifat duniawi dilakukan didalam tempat umat islam bersembahyang? banyak tempat lain yang boleh dibuat majlis sebegitu(dikhemah luar dsb). Lainlah kisahnya jikalau si 'kafir' tsbt ingin menuntut/mempelajari hal2 berkaitan agama islam dan seumpamanya(disini ada keperluan). Ni tidak(tiada sebarang keperluan), dahla kafir, wanita dan tidak bertudung kepala lagi. Dimana hilangnya adab2 sewaktu berada didlm masjid? Jgn kerana sedap berpolitik martabat islam yang mulia diremehkan oleh agama lain. Satu perkara, jgn kerana sebabkan ianya 'harus' maka asyik ditegakkan, sedangkan hukum haram(merokok) dibiarkan sepi tiada siapa tegakkan/dendangkan untuk menyedarkan. Jauhi sifat politik menghalalkan cara.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSkuad penembak anjing,
Hujah saya sudah dijelaskan di atas. Ianya tidak bersifat politik. Saya bukan ahli PAS dan bukan UMNO bahkan jauh sekali DAP.
Tapi saya yakin tuan seorang UMNO yang pekat jadi jauhilah blog saya dan silakan melaksanakan kerja tuan dari membuang masa bersama saya.
Satu lagi ayat 43 Surah An-Nisa bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, jangan pula hampiri mesjid sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun."(An- Nisa : 43)
Al-Imam ibn Jarir at-tabari menyebutkan bahawa sebahagian ulama tafsir dan para sahabat memahami maksud larangan mendekati masjid itu bermakna tidak solat ketika junub bukanlah larangan
masuk ke masjid bagi orang yang junub.
Mereka mengabungkan maksud solat dengan masjid sebagai satu perkara.
masalah ini telah dihuraikan panjang oleh Al-Imam ibn Rusyd ra.
kesimpulannya ianya tidak mutlak.
Keduanya, larangan solat ketika mabuk, termasuk larangan mendekati masjid bagi yang junub hanyalah khusus untuk orang Islam sahaja.
Manakala bagi orang yang kafir mereka tidak dipertanggungjawabkan akan hal ini kerana mereka bukanlah mukallaf.
Wallahualam.
Jawapan saya sudah jelas, kita bukan main politik. Isunya jelas masjid boleh dimasuki oleh orang kafir.
Adab masjid bukanlah dijaga dari dimasuki oleh orang kafir tapi dimakmurkan dengan dakwah dan pengajian yang mengajakmanusia mentauhidkan Allah SWT.
Masjid spt yg pihak UMNO tuan bina hanyalah tempat perhiasan dan menjadi berhala kepada umat Islam.
Masjid hanyalah bangunan, ia boleh menjadi fitnah apabila umat meninggalkan ajaran Allah SWT demi kekuasaan Melayu dan ta'asub perkauman.
Walahualam.
Saudaraku ibn mutalib dan ctos,
ReplyDeleteSaya setuju dengan saudara. Pihak yang bukan Islam sewajarnya lebih sedar dan bersikap berhati-hati apabila bermain dengan sentimen dan persoalan agama Islam.
maruah Islam perlu di jaga namun kita janganlah sampai masuk ke perangkap pihak yang berkepentingan mahu mempolitikan isu ini.
1) apa pakaian wanita itu maka dia seorang yang tidak beriman jadi tak usahlah kita buang masa mengkritik pakaiannya.
Sedang dalam masa yang sama ramai wanita UMNO pakai tudung tak sempurna, kain jarang dan nampak rambut masuk masjid dan sebagainya.
Islam hadhari kerajaan kita juga tak kurang karutnya apabila aurat, kesedaran agama, hanya di bibir dan menjadi mainan politik.
2) Nasihat saya jangan lupa apakah tujuan saya menulis artikel ini ialah supaya kita berfikir bahawa jangan jumud dan tutup diri kita dari memahami Islam secara meluas bukan hanya dari konteks agama MELAYU DAN UMNO.
Sudah lama UMNO meracuni minda dan pemikiran umat Islam dengan dakyah mereka.
Saya tidak menyokong DAP mahupun PAS tetapi saya dengan jelas menentang kerajaan UMNO yang korup dalam urusan agama dan kebajikan rakyat.
Wallahualam.
p/s :
Islam tidak akan tercemar oleh perbuatan orang kafir tetapi akan tercemar oleh perbuatan umat ISlam sendiri.
Pergilah mati menjaga masjid dari dimasuki oleh wanita haid dan orang kafir~ apakah ganjarannya syurga ???
Saya yakin tidak.
tetapi berdakwahlah ke jalan Allah menyeru kebenaran walau dituduh dengan pelbagai tuduhan maka sekalipun di ISA, dipenjara dan difitnah dan dihukum mati insyaAllah akan mendapati syurga menanti.
Masjid hanyalah binaan, yang menjadikan ianay masjid taqwa atau masjid Dhirar (yang disuruh jauhi serta membakarnya ) ialah pada tujuan masjid itu dibina dan manusia yang beribadah di dalamnya.
Ingat Islam bukan pada binaan atau kebendaan !
Fatwa wanita haid boleh masuk ke masjid ialah fatwa yang sudah makruf (dikenali) diseluruh dunia Islam termasuk di timur tengah, di eropah dan sebagainya.
ReplyDeleteHanya Melayu UMNO dan ISlam Melayu masih enggan menerima kesyumulan dan ketoleransinya agama Allah ini.
Melayu untung mendapat Islam tetapi Islam rugi apabila jatuh ke tangan kaum Melayu seperti UMNO.
Wallahualam.
salam ustaz...
ReplyDeletemengikut apa yg sy faham, ustaz ingin menjelaskan bhw wanita haid boleh memasuki masjid di sini adalah untuk keperluan yg memerlukan wanita masuk ke dalam masjid, cthnya kerana belajar dsbnya..dibolehkan...sekiranya tiada keperluan kaum wanita tidak akan masuk ke dalam masjid suka2 atau utk melepak2 di dalamnya sdgkan sedang haid..kami juga tidak akan merasa selesa duduk berlama-lamaan dalam masjid jika tidak dlm keadaan suci...itu yg sy faham apa yg ingin ustaz sampaikan...terima kasih atas penjelasan ustaz...
Salam,
ReplyDeleteterima kasih kembali kepada puan Salmah.
Saya memohon maaf kepada hadirin yang mungkin mendapati bahasa saya agak keras terhadap kelompok dan individu tertentu.
Mungkin saya agak tertekan dengan sikap mereka yang terus-menerus menganggu kerja saya.
InsyaAllah saya akan lebih memperbaiki diri dan bersabar.
Wallahualam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya petugas masjid shah lam..selama ini pun org kafir boleh masuk kemasjid..tiada apa2 halangan..cuma tak dibenarkan makan dan minum dalam dewan solat untuk manjaga kebersihan ruang solat..
ReplyDeletepernah berlaku satu kejadian seoarng yang kurang siuman tidur di masjid(bukan diruang solat) dan terkencing ketika tidur..bayangkan kalau berlaku di dalam dewan solat??
umat kini berbeza dgn umat terdahulu.. masjid pada zaman rasullullah lebih kepada pusat R&R buat musafir2..selain tempat ibadah..masjid sekarng juga berfungsi seperti itu, cuma dihadkan dilarang tidur pada waktu dan makan minum di dewan solat untuk menjaga kebersihan..tapi rasanya kebanyakkan masjid di pekan2 dan dikampung2 takde masalah kalau nak tidur atau makan dan minum..yang penting adab dan disiplin jemaah patut dijaga.
displin umat islam kini berbeza kalau nak banding dgn zaman rasullullah, sebab itu pengurusan masjid kene bertegas..
kalau ustaz nak tahu, petugas jais, ke mais ke atau apa2 jabatan berkaitan agama ni ramai penyokong2 pas..memang yang membayar gaji mereka adalah kerajaan pimpinan umno, tapi mereka majoritinya bukan penyokong umno..
sekian..
seperti professor abdul aziz bari..kerajaan umno menaikkan pangkat beliau ke taraf professor dan membayar gaji beliau, tapi beliau bukan penyokong umno..
maknanya bukan semua pengurusan masjid itu umno..jgn libatkan umno atau politik..
orang kita dah teruk pecahbelahnya..kalau nak dakwah umno buat cara berhemah ye kawan-kawan..
PAS NGAN UMNO NI ADIK BERADIK JER,DUA2 PAKAI SISTEM YAHUDI.TAK SEMPURNA LAGI KE ISLAM NI ASYIK DOK CEDOK SISTEM YAHUDI.. KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM YG ASAL,AMBILLAH SISTEM POLITIK RASULULLAH,TINGGALLAH CARA YAHUDI,CARA YAHUDI NI BERJAYA MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteRamai yg bg respond. Terima kasih ustaz emran n kwn2 yg bg pandangan. ustaz emran x slh beri pandangan sbb ustaz rasa ada yg perlu diperbetulkan tentang isu ni. Sy sokong ustaz. Dlm mse yg sama jgk sy stju dgn mrf pnye pandangn. Sikap segelintir parti politik melayu dan islam yg mnyebabkn isu ni mjadi panas. sedangkan org yg bukan islam senang hati dengan pepecahan umat islam. ape2 pn terima kasih yer ustaz..sekurg2 nyer sy ade sumber rujukan ;)
Assalamualaikum, ustaz. Saya baru terbaca satu artikel berkenaan dengan wanita haid tidak boleh masuk ke dalam masjid berdasarkan hadis Rasulullah yang di sertakan.
ReplyDeleteلاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
Aku tidak menghalalkan (mengharamkan) masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid, termasuk di kawasan padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]
Jika tidak keberatan, boleh ustaz jelaskan maksud hadis-hadis di atas.
Sekian terima kasih.