Thursday, June 10, 2010

Masa sihat sebelum sakit


Alhamdulillah, setelah seminggu bercuti, menahan sakit kerana denggi dan kemudian sehingga dimasukkan ke hospital Ampang Puteri akhirnya saya diizinkan oleh Allah SWT untuk kembali bekerja.

Terima kasih di atas doa dan perihatin daripada semua yang telah memberi sokongan kepada saya.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana bersekempatan menziarahi rakan yang bernikah di Johor dan kemudian berpeluang bercuti secara mengejut di Cameron Highland.

Terima kasih sekali lagi kepada yang telah mendoakan saya. Alhamdulilah kini badan dan minda sudah kembali sihat untuk pulang bekerja.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa senang sebelum datangnya masa susah. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt.

    Semoga cepat sembuh ustaz dan semoga dapat memberikan lebih banyak info agama yang berguna pada mereka yang mahu berfikir dan mahu bersyukur dengan anugerah mempunyai akal fikiran yang waras.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam,

    Alhamdulillah saya sudah sembuh.

    terima kasih di atas doa dan sokongan saudara.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. copy hadisnya di sini :

    http://adzriel.blogspot.com/2011/05/cuaca-sering-berubah-ubah.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum,

Semoga komen ini membawa kebaikan...