Saya tidak dijemput untuk menghadiri taklimat penyertaan ulama ke dalam UMNO ini disebabkan kerana saya hanyalah seorang ustaz muda yang tiada dipandang oleh golongan sunnah dan saya pun bukanlah sehebat mereka yang bergelar ulama.
Ramai meragui status saya sebagai “ustaz sunnah”kerana kritikan saya kepada kerajaan dan sikap saya yang tidak “beriman” dengan cara keimanan orang-orang sunnah di Malaysia yang saya sifatkan sebagai sebuah kefahaman Murjiah.
Pendapat rasmi saya dan mereka yang bersama saya adalah jelas iaitu kami menolak tindakan tersebut jika dibuat kerana takut menghadapi risiko dakwah dan kemasukan itu hanyalah semata-mata kerana mahu mencari perlindungan daripada UMNO.
Para ulama perlu takut hanya kepada Allah dan yakinkan rakyat akan keagungan tuhan
Ajaran tauhid mengajar kita supaya kukuh dan kental di atas perjuangan.
Apabila ulama mengajar rakyat supaya takut kepada pemerintah dan tunduk kepada makar jahat dan kejahilan pihak yang berkuasa maka secara tak langsung rakyat akan terdidik untuk terus menjadi kambing yang dungu menanti untuk dibaham serigala.
Tiada kebaikan yang akan diperolehi apabila kezaliman berterusan menguasai manusia dan kejahilan yang memerintah sedangkan para ulama hanya sibuk mempromosikan ketaatan kepada pihak berkuasa dengan menggunakan ayat-ayat quran dan hadis yang disalah tafsir.
Apabila orang seperti Zamihan membuat Fitnah,maka para ulama seharusnya bangkit dengan hujah dan keberanian untuk mempertahankan dakwah dan kebenaran walau harganya terpaksa dibayar dengan penjara dan siksaan.
Bukan berbondong-bondong masuk UMNO demi menyelamatkan diri.
Watak seperti Zamihan sudah ada di dalam Islam sepanjang zaman dengan pelbagai nama namun watak seperti Imam Bukhari, Imam Ahmad, dan Imam IbnTaimiyyah agak jarang dan belum lagi dapat muncul di zaman ini bagi menangkis fitnah dan dusta golongan yang jahil dengan hujjah dan keberanian.
Ini semua kerana belitan dunia.
Allah SWT befirman di dalam Al-Quran :
“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka Balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Hud : 15-16)
Manakala baginda rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda: “Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamishah dan celakalah hamba khamilah (pakaian yang indah diperbuat daripada sutera dan cotton). Jika diberi dia senang, tetapi jika tidak diberi dia marah. Celakalah dia dan tersungkurlah. Apabila terkena duri semoga tidak dapat mencabutnya.Berbahagialah seorang hamba yang memacu kudanya (berjihad di jalan Allah), dengan kusut rambutnya dan berlumur debu kedua kakinya. Bila dia berada di pos penjagaan, dia akan tetap setia berada di pos penjagaan itu dan bila ditugaskan di garis belakang maka dia akan tetap setia berada di garis belakang itu. Jika dia meminta keizinan (untuk menemui raja atau penguasa) tidak diperkenankan, dan jika bertindak sebagai pemberi jaminan maka tidak diterima jaminannya .” (hadis sahih riwayat Bukhari)
Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.
Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.
Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.
Walaubagaimanapun kita terkilan jika isu Jemaah Islamiah (JI) yang menjadi penyebabnya kerana sangat jelas ianya adalah satu perancangan jahat dan semua mengetahui pembohongan serta kepalsuan label JI kepada mana-mana pendakwah.
Tiada standard yang khas dapat dibuat atau dibentangkan kepada rakyat sebagai bukti seseorang itu JI atau bukan ini kerana label dan tuduhan JI ini sebenarnya adalah propaganda Amerika dan Zionis ke dalam umat Islam.
Kalau ada standard JI (Jemaah Islamiah) sila kemukakan.
Kita ingin melihat apakah ciri-ciri ahli JI yang perlu kita dan seluruh rakyat jauhi dan benarkah ianya terdapat kepada mana-mana individu yang dituduh itu.
Itulah kebenaran.
Kerana kita risau bahawa tiada standard yang khas sebaliknya isu JI ini dipergunakan sebagai senjata dan alasan ampuh untuk menyekat dakwah Islam atau menangkap mana-mana pendakwah yang tidak sehaluan dengan pihak berkuasa.
Jika begitu halnya maka bukan sahaja demokrasi yang kononnya diperjuangkan tetapi keadilan dan kebebasan rakyat juga akan turut mati dan terkubur di atas nama keamanan.
Maka jangan mengeluh apabila suatu hari nanti generasi muda akan mencemuh para ulama yang menyertai UMNO ini dengan berkata mereka sanggup menjual prinsip dan agama demi kerana mahukan keselesaan dan keselamatan daripada difitnah.
Semoga Allah SWT memelihara kita.
Wallahu’alam.
p/s :Isu JI sudah pun saya ulas dalam post berikut :
http://ustaz.blogspot.com/2010/06/isu-ji-muncul-bagi-menjauhkan-umat.html

masyaallah ustaz, tahniah ustaz atas pandangan bernas yang diberikan..
ReplyDeletemoga Allah terus mengikhlaskan diri kita dalam berjuang, bukannya mencari perlindungan kepada selain Allah.
adapun ulama yang telah masuk UMNO itu, kita doakan mereka berjaya mendakwahi sesiapa yang kita tak terdakwahi.
ustaz, mohon terangkan apakah itu kefahaman murjiah?
ReplyDeleteKenapa ye tiba-tiba je Malaysia ada ramai ulama muda?apa dengan hanya ada sarjana muda,sarjana dan Phd sudah layak bergelar ulama?
ReplyDeleteBagaimana tiba-tiba je Malaysia ada ramai "ulamak muda"?apakah ciri-ciri ulamak tu?Lepas ni boleh buat program "Ulamak Muda" bila habis program "Imam Muda" nanti..
ReplyDeleteBagaimana tiba-tiba je Malaysia ada ramai "Ulama Muda"?Apakah ciri-ciri seorang ulamak?Lepas ni ASTRO boleh buat program "Ulama Muda" bila program "Imam Muda" tamat
ReplyDeleteSalam, zikr.
ReplyDeletePara ulama Ahlus-Sunnah telah menyebutkan salah satu dari sejumlah ciri yang dapat diketahui bahwa seseorang terlepas dari bid’ah Irja`, di antaranya ialah:
Mengatakan bahwa iman itu adalah perkataan dan perbuatan.
Imam Ibnul-Mubarak rahimahullah pernah ditanya: “Engkau berpendapat Irja`?,” maka ia menjawab,“Aku mengatakan bahwa iman itu perkataan dan perbuatan. Bagaimana mungkin aku menjadi Murji`ah?!”
[Wasathiyyah Ahlis Sunnah, karya Syaikh Muhammad Bakarim bin Muhammad Ba’abdullah.]
kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang dapat di sampaikan oleh UMNO barisan 40 ulamak ini.
murjiah?
ReplyDeletePara ulama Ahlus-Sunnah telah menyebutkan salah satu dari sejumlah ciri yang dapat diketahui bahwa seseorang terlepas dari bid’ah Irja`, di antaranya ialah:
Mengatakan bahwa iman itu adalah perkataan dan perbuatan.
Imam Ibnul-Mubarak rahimahullah pernah ditanya: “Engkau berpendapat Irja`?,” maka ia menjawab,“Aku mengatakan bahwa iman itu perkataan dan perbuatan. Bagaimana mungkin aku menjadi Murji`ah?!”
[Wasathiyyah Ahlis Sunnah, karya Syaikh Muhammad Bakarim bin Muhammad Ba’abdullah.]
salam,
ReplyDeleteserba sedikit penerangan perihal murjiah di:
028. Kitab Sohih Bukhari (SB 017)
http://www.mediafire.com/?app23fhvsma
lihat:
MP3 Ceramah DrMAZA
http://drmaza.com/home/?page_id=466
moga bermanfaat.
sepatutnya ust tak payah ulas isu ini, nak kaitkan ust dgn benda ni lebih banyak keburukkan.
ReplyDeletetakut bila terselak semakin banyak keaiban. bersyukurlah kerana rakan2 tak mau mentusahkan dan memalukan kita.
setidak-tidaknya dakwah kita bermula dengan siapa diri kita yg sebenarnya.. itu lebih baik...
Alhamdulillah,
ReplyDeleteustaz, insyaAllah, masih ramai lagi yg seberani Imam Ahmad, Ibnu Taimiyah, dan Taqwa kepada Allah seperti Umar dan para sahabat insyaAllah.
yang tak terkesan di hati keuntungan dunia.
Teruskan keberanian ini, Syurga yang dikejar..semua pasti MATI
Salam ustaz..apa yang dimaksudkan dengan hukum harus dan apakah hukum bercelak serta adakah ada kaitan dengan niat untuk berhias diluar rumah dengan alasan celak adalah perhiasan zahir bagi sesetengah pandangan ulama'...Syukran
ReplyDeletesalam ustaz..
ReplyDeletesaya hormati pegangan ustaz!!tahniah seorang pejuang adalah seorang yng berkata benar walaupun perit dan usaha meyampaikan harus diteruskan..
insyaALLAH..